DAP Masih Lagi Ketua Dalam Pembangkang
12:01 Jan 09, 2018  |  By SabahKini2
DAP Masih Lagi Ketua Dalam Pembangkang

Lagi 57 kerusi, DAP yang akan bolot. DAP sekarang yang jadi ketua. Mahathir hanya umpan undi orang Melayu sahaja.

Secara matematiknya, ramai yang tidak sedar. Nampak macam PPBM yang jadi tanding banyak. Ianya tidak begitu, mari kita kira kembali.

PKR 51 + PPBM 52 + DAP 35 + PAN 27 = 165 kerusi sahaja.

Ada lagi baki 57 kerusi dari 222 kerusi parlimen. DAP sekarang ada 37 kerusi. Dalam pilihanraya lepas, DAP tanding 51 kerusi.

57 kerusi itu di Sabah dan Sarawak, Sabah ada 25 kerusi, Labuan 1 kerusi dan Sarawak ada 31 kerusi. Semua tempat ini, DAP akan bolot. PPBM mana boleh masuk di sana.

Takkanlah dalam pilihanraya akan datang, DAP akan tanding kurang kerusi. Kurang 16 kerusi dari PRU13? Kit Siang pernah kata dalam blognya akan “double” jumlah kerusi DAP pada PRU14 (baca di bawah).

Sebenarnya DAP yang masih dominan dalam pembangkang, bukannya PPBM. Ramai tidak sedar, PAN adalah parti yang ditaja dan diberi duit oleh DAP.

PAN tanding 27 kerusi dan DAP 35, campur dua ini sudah jadi 62 kerusi. Inilah jumlah kerusi yang DAP ada, 62 kerusi.

Jadi jumlah sebenar kerusi yang diagih semasa konvensyen PH tadi adalah DAP + PAN, 62 kerusi, PKR 51 kerusi dan PPBM 52 kerusi.

Baki lagi 57 kerusi, mereka akan berebut lagi. DAP sudah tentu dapat banyak. Perlu diingat, pembangkang yang ada sekarang sebenarnya tidak berpakat.

Lihat sahaja dalam PRN Sarawak pada 2016, mereka bertembung sesama sendiri. Situasi yang sama akan berlaku pada PRU14.

Letak Mahathir, cakap kata PPBM tanding 52 kerusi hanyalah wayang pancing undi Melayu sahaja.

DAP yang paling dominan, mereka ada 62 kerusi. Lihat bawah ini apa Kit Siang cakap...

Lagi 57 kerusi, DAP yang akan bolot. DAP sekarang yang jadi ketua. Mahathir hanya umpan undi orang Melayu sahaja.

Jangan terpedaya dengan helah dan muslihat DAP

 Sumber:  Tok Adi Maras The Justice

Comment