Sembang kari DAP, NGO, CUEPACS hina DG KKM. Petugas KKM di Sabah yang kena hina tiada pun DAP, PH, NGO menggila. Mana CUEPACS dah berapa bulan siasatan? Pengarah kekal tak diambil tindakan.
Sejak 11 November lalu kecoh dengan kata-kata Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing di Dewan Rakyat berkata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah apabila menuduhnya "DG takut mati".
Berkampung DAP dalam Dewan Rakyat mengambil kesempatan kononnya mempertahankan KP KKM itu.
Tidak kurang juga NGO acah-acah membela Dr Noor Hisham begitu juga CUEPACS.
Kata mereka ayat ‘DG takut mati’ tu sangat kasar dan menghina frontliners.
Tapi ketika petugas KKM di hina, dicerca dengan bahasa ‘tidak guna otak’ oleh Pengarah Jabatan Imigresan Sabah pada April lalu tiada pula DAP dan PH bersuara meminta letak jawatan bagai. Mana mereka? Warisan ketika itu sebagai Kerajaan pun senyap.
[ARTIKEL BERKAITAN- Dicerca ‘kamu tidak guna otak’ Petugas KKM lapor KP Imigresen sikap biadap Pengarah JIM Sabah ]
Sehingga ke hari ini selepas Warisan tumbang Dato' Dr Muhammad Sade syor Shafie Apdal dan Azis Jamman ni masih kekal sebagai Pengarah Jabatan Imigresen Sabah. Gesaan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat agar disiasat nampaknya hanya wayang saja. 8 bulan berlalu tak mungkin siasatan tidak selesai lagi. Apakah status gesaan CUEPACS itu sekarang? Apakah sama sebagaimana mereka mendesak Dato' Seri Tiong King Sing yang bercakap 'DG Takut Mati?' Tak ada pun bunyi macam DAP minta letak jawatan!
Apakah hanya cukup sekadar permohonan maaf Ketua Pengarah Imigresen?. Bukankah tindakan tatatertib perlu dibuat sekurangnya dipindahkan jabatan?. Jabatan Imigresen Sabah memerlukan Pengarah yang baharu.
Tapi beliau masih kekal di Sabah! meneruskan lagak bengis dan bongkaknya sebagai Pengarah Imigresen Sabah
[ARTIKEL BERKAITAN - Siasat Pengarah JIM dakwaan herdik petugas KKM – CUEPACS
CUEPACS macam biasa cepat lupa..buat-buat lupa selepas maaf
Pegawai Imigresen Jaga tahanan Positif COVID-19
Terbaru sumber imigresen memaklumkan beberapa pegawai imigresen yang terlibat dengan kes tahanan penjara dan rumah merah (Pusat Tahanan Sementara) di Hospital Kota Kinabalu positif COVID-19. Pejabat Jabatan Imigresen Sabah sekarang bukan tempat yang selamat susulan insiden pegawai positif COVID-19 ini.
Kerana kesalahan lampaunya terhadap petugas KKM, Pengarah Imigresen ini tampil ke depan mengerah pegawainya, pemandu, semua aset jabatan dan segala macam keperluan sehingga mengabaikan kebajikan pekerjanya seperti kelewatan tuntutan perjalanan dan keselamatan kesihatan. Akhirnya kurangnya pematuhan SOP sehingga pegawai yang menjaga tahanan positif COVID-19. Apakah kesan kepada keluarga pegawai imigresen?
Sekalipun isu pegawai imigresen positif COVID-19 dirahsiakan dari pengetahuan media dan rakyat namun lambat laun pasti terdedah juga.
Mungkinkah selepas ini akan ada kluster baharu melibatkan pegawai imigresen Sabah?
Menteri KDN Datuk Seri Hamzah Zainudin pun dah tahu perangai Pengarah ini sehingga mendapat teguran dalam satu makan malam bersama agensi Kementerian di Sabah namun selepas kes herdik petugas KKM itu tiada tindakan diambil.
Hari ini pegawai Imigresen Sabah pula mula dijangkiti COVID-19. Kita lihat apa pula tindakan Pengarah ini.