Sebanyak 1,290 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 51,680 kes. Sabah kembali meningkat. Kluster Penjara Punca Kes Di Sandakan Meningkat Kepada 316
Sehingga 19 November 2020, Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,222 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,285 kes pula adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.
Dua (2) negeri yang mencatatkan kes yang tertinggi pada hari ini adalah Sabah (660 kes) dan Selangor (407 kes). Pelaporan kes yang tinggi di Sabah berpunca daripada kluster-kluster berkaitan Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara (250 kes). Manakala, peningkatan kes di Selangor pula berpunca daripada Kluster Teratai (245 kes) dan sebuah kluster baharu pada hari ini iaitu Kluster Kapas BJ (55 kes). Kedua-dua kluster tersebut adalah kluster berkaitan tempat kerja yang melibatkan bukan warganegara.
Sebanyak 269 kes (20.9 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Sandakan (218 kes), Kluster Matambai (15 kes), Kluster Tembok (15 kes), Kluster Penjara Kepayan (9 kes), Kluster PTS Tawau (6 kes), Kluster Benteng PK (3 kes), Kluster GK Tawau (2 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).
Perincian 1,290 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 19 November 2020 adalah seperti berikut:
Sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 37 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 326 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
323 | 43767 | Johor | Perempuan (WN) | 62 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, dan obesiti |
324 | 43923 | Sabah | Perempuan (WN) | 29 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit buah pinggang kronik |
325 | 45064 | Perak | Lelaki (WN) | 58 | Hospital Raja Permaisuri Bainun | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan penyakit buah pinggang kronik |
326 | 50117 | Sabah | Perempuan (BWN) | 47 | Hospital Lahad Datu | Penyakit kencing manis |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 878 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 38,132 kes (73.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).