Di Sabah Shafie beri RM300 juta, di Scotland Tony Fernandes jual rumah agam RM13.55 juta!
18:11 Nov 19, 2020  |  By SabahKini2
Di Sabah Shafie beri RM300 juta, di Scotland Tony Fernandes jual rumah agam RM13.55 juta!

Air Asia kini bergelut dengan pandemik COVID-19. Air Asia India tutup, Jepun isytihar muflis. Di bawah Kerajaan Warisan Shafie luluskan pinjaman RM300 juta di SDB. Air Asia cuba diselamatkan. Di Scotland Tony jual rumah agam..

Dicelah-celah AirAsia Group Bhd oktober lalu dikhabarkan mendapat suntikan dana pinjaman sebanyak RM1 bilion (AS$242 juta) Skim Jaminan Danajamin Prihatin dan pinjaman Sabah Development Bank (SDB) RM300 juta milik Kerajaan Negeri Sabah,  hari ini PENGASAS syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mendapat perhatian ramai selepas beliau telah menjual salah satu aset berharga miliknya.

Tony dilaporkan telah menjual rumah agamnya di Ayrshire, Scotland yang bernilai 2.5 juta Pound (RM13.55 juta).

Rumah agam di kawasan seluas 125 ekar itu mempunyai lima buah bilik beserta bilik simpanan wain, gimnasium, sauna dan gelanggang tenis.

Tony pernah tinggal di Skeldon House di Dalrymple, Ayrshire selama tujuh tahun.

Memetik portal akhbar tempatan, tokoh korporat itu membuat keputusan menjual sebahagian daripada hartanya bagi menyelamatkan empayar perniagaannya.

Bekas Pengerusi pasukan bola sepak, Queens Park Rangers yang kontroversi kes rasuah Airbus menggemparkan dunia pada Februari 2020 itu dilaporkan terkesan dengan pandemik Covid-19 melumpuhkan semua syarikat penerbangan di dunia.

Mac lalu, AirAsia mengumumkan penggantungan kesemua penerbangan dalam rangkaian berikutan wabak Covid-19 yang melumpuhkan sektor penerbangan di seluruh dunia.

Menambah perit, 17 November lalu Syarikat bersekutu 33 peratus milik AirAsia Group Bhd di Jepun, AirAsia Japan Co Ltd (AAJ) memfailkan muflis. AirAsia Group memegang kepentingan dalam AAJ menerusi pegangan sahamnya di AirAsia Investment Ltd.Keputusan ini sudah dijangka kerana awal oktober lalu Air Asia membuat keputusan menutup operasi AAJ dengan serta-merta untuk mengurangkan beban kewangan di tengah-tengah situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin teruk oleh pandemik COVID-19.

Perkara sama diputuskan 6 Oktober apabila AirAsia Group Bhd berhenti membiayai syarikat sekutunya Tata Group di India. Menteri Penerbangan India turut mengumumkan  AirAsia akan menutup operasi di negara Asia Selatan itu.

Penjualan aset Tony itu menggambarkan situasi tenat pengasas Air Asia itu.

Bagaimanapun Tony cuba melebarkan perniagaan digital e-dagangnya OurShop online, Ourfarm dan airasia food. Kemunculannya sebagai penghantar makanan adalah sebahagian dari strategi pemasarannya.

Pinjaman kontroversi RM300 juta di Sabah adalah di atas kertas Projek Ourfarm dan mengambil alih Terminal 2 Kota Kinabalu sebagai hub baru Air Asia.

[DISYOR BACA- Shafie mengaku selamatkan AirAsia cuma pinjaman RM300 juta SDB rakyat Sabah tidak perlu tahu! ]

Mengukuhkan jaringan ‘kabel’ perniagaannya (bukan kebetulan) Tony Fernandes meletakkan Presiden Kumpulan AirAsia (AirAsia Digital), Aireen Omar sebagai Ahli Lembaga Pengarah di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Apakah Tony Fernandes dan Air Asia akan mendapat manfaat MDEC dari perniagaan e-dagang mereka sekarang? Termasuk dana-dana MDEC?

Apakah menjual rumah agam di Scotland adalah strateginya menyelamatkan Air Asia? Atau hanya memberi persepsi buruk kepada usahanya menyelamatkan Air Asia? Aset mana lagi akan dijual?

 

 

11 Comments