Sebelum Pilihanraya Negeri Sabah September lalu Shafie Apdal Ketua Menteri yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu bersama Lembaga pengarahnya berusaha keras menyelamatkan Datuk Christina Liew timbalannya ketika itu kes saman RM557 juta yang sepatutnya dibayar oleh Christina.
[ARTIKEL BERKAITAN- Terkini! Shafie mengaku arah Borneo Samudera tarik kes selamatkan Christina bayar RM557 juta ]
SPRM juga dilaporkan menyiasat kes itu namun sehingga kini senyap. Mungkin ketika itu hampir pilihanraya bimbang dianggap sebagai tekanan politik. Namun sekarang PRN sudah berakhir kerajaan baharu sudah dibentuk. Bukankah jelas Christina Liew sebagai Timbalan Ketua Menteri ketika itu menggunakan kedudukannya meminta Shafie Apdal sebagai Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera berunding menarik balik kes mahkamah itu?
[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM siasat Timbalan Ketua Menteri, Borneo Samudera ‘kawtim’ kes saman RM557.7 juta rampas tanah rakyat ]
Bulan September juga sebelum pembuangan undi PRN Shafie mengumumkan kononnya masalah tuntutan tanah seluas 17,000 ekar di Ladang Bagahak 2 dan 3 di Lahad Datu selesai apabila pemilikan tanah itu dikembalikan kepada pekebun kecil. Isunya benarkah dikembalikan? Apa status kes itu? Bukankah ini jelas salahguna kuasa secara terang-terang menyelamatkan Christina Liew. Jika benar rakyat mahu diberi tanah mengapa tidak sebelum pilihanraya atau setahun yang lalu bukan sebelum bubar DUN. Shafie Apdal berkata kes saman RM557 juta ini tidak perlu dipanjangkan mahkamah kerana akan melambatkan lagi proses penyerahan hak tanah.
Najib dalam hantaran facebooknya turut memperincikan kes ini bagaimana campurtangan kes ini melibatkan salah guna kuasa Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri. Borneo Samudera di Pengerusikan oleh Shafie Apdal sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat mengambil keputusan tidak berminat untuk terima duit ganti-rugi RM557 juta daripada Christina.
[ARTIKEL BERKAITAN- Najib persoal Shafie Pengerusi GLC seperti tidak mahu terima ganti rugi RM558 juta dibayar Christina ]
Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Masri Pudin, BOD Bersekongkol dengan Shafie selamatkan Christina
Mengapa tiba-tiba Borneo Samudera menarik balik saman terhadap Christina? Jawapannya Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu pemilik Borneo Samudera bersama BOD yang penuh dengan pemimpin Warisan PH mencadangkan menarik balik kes. Keutamaan mereka menyelamatkan Christina. Sudah tiba masa Kerajaan Negeri GRS memecat Pengarah Urusan Kumpulan dan BOD Kumpulan Sawit Kinabalu dan mengarahkan siasatan SPRM dibuat terhadap mereka.
Masri Pudin juga masih ahli Mesyuarat Pasca Kabinet Jabatan Ketua Menteri
KIPAS- Kerja Masri Pudin
Kuat Masri Pudin dan BOD Sawit Kinabalu
Majamis Timbuong sekarang Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah
bekas calon DUN Bandau baru-baru ini PRN Sabah
Tujuan Majamis diletakkan dalam BOD Kinabalu Sawit untuk menjaga kepentingan Warisan
Kini kerajaan sudah bertukar. Apakah yang Christina bakal lakukan? berunding dengan Ketua Menteri? Apakah Christina bersedia membayar RM557 juta? Apakah Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu dan Lembaga Pengarahnya akan menarik kes? Mungkinkah Masri Pudin akan dipecat segera? Atau dia sendiri meletak jawatan.
Apakah SPRM akan menyiasat Pengarah Urusan Kumpulan dan BODnya bersekongkol dengan Shafie Apdal ketika itu selaku Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera?
Diharap Kerajaan Negeri GRS bertindak tegas mendesak SPRM segera menyiasat salahguna kuasa menyelamatkan Christina Liew.