Cabaran Dr Ronald Kiandee jadikan teknologi AI, Big Data perkasa pertanian, agromakanan
03:12 Dec 02, 2020  |  By SabahKini2
Cabaran Dr Ronald Kiandee jadikan teknologi AI, Big Data perkasa pertanian, agromakanan

Bukan norma biasa dan kos yang mahal sudah tentu menjadikan teknologi AI, big data dalam sektor pertanian bukan mudah. Pertanian tepat dengan teknologi yang tepat akan meningkatkan hasil pertanian. Inilah cabaran besar Menteri Pertanian Dr Ronald Kiandee.

Perkembangan teknologi di zaman revolusi industri 4.0 ini sudah sangat bertumbuh dengan pesat. Pemain industri nampaknya sudah mula membawa  teknologi kecerdasan buatan (AI) dan Big Data dalam pertanian sama ada berskala kecil dan besar di negara ini.  

Pertanian Tepat

Pertanian jitu, juga pertanian tepat atau  precision agriculture merupakan konsep pertanian moden yang membolehkan petani mengawal aktiviti-aktiviti berkaitan seperti pembajaan, pengairan, makhluk perosak dan sebagainya melalui penggunaan teknologi. Dengan kata lain istilah pertanian tepat adalah melakukan dengan betul, pada tempat yang betul, dengan kaedah yang betul, dan pada masa yang betul.

Data Bank Dunia tahun 2016 merekodkan 8.5 juta hektar pertanian negara yang sebahagian besarnya kelapa sawit dan getah. Guna tanah pertanian untuk sektor agromakanan hanya terhad kepada kurang 10 peratus sahaja

Dr Ronald Kiandee turun padang sendiri

Sebagaimana tulisan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mei lalu kedudukan Global Food Security Index (GFSI) negara meningkat daripada 40 pada 2018 kepada 28 daripada 113 negara pada 2019, dengan skor 73.8 iaitu pada tahap 'pencapaian baik'. Lebih ke hadapan berbanding Korea Selatan (29) dan China (35).

Sesuatu perlu dilakukan. Sudah sampai masanya pengeluaran makanan dibangunkan sebagai sektor moden, berdaya saing dan komersial. Teknologi seperti penggunaan dron, sistem pertanian pintar, kecerdasan buatan (AI) dan data raya (Big Data) meningkatkan hasil pertanian perlu dimanfaatkan.

Justeru Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang diterajui Datuk Seri Dr Ronald Kiandee tidak ada pilihan selain perlu terus menerokai Pertanian Tepat dengan teknologi AI dan big data yang masih belum diterokai sepenuhnya. Agensi MAFI seperti MARDI selain universiti tempatan dan syarikat swasta pasti sedang giat membuat penyelidikan.  

Penggunaan teknologi AI – Big Data, Dron dan Robotik

Pertanian Tepat menggunakan gabungan teknologi untuk mengukur dengan tepat bagi setiap proses pertanian memastikan setiap sumber digunakan dengan optimum. Jika dahulu teknologi seperti GPS, sensor digunakan kini dron dan robotik menjadi sangat penting dalam pertanian.

Sebagai contoh teknologi dron kini digunakan bukan saja untuk mengambil gambar imej tanaman tetapi fungsinya lebih luas lagi;

  • pemetaan ladang
  • perancangan gunapakai tanah ladang
  • penyemburan air, baja dan racun perosak
  • pemeriksaan kesihatan tanaman dan ladang
  • pengawasan ladang
  • pembinaan database ladang untuk analisa data

Pertanian Tepat dapat membantu masalah global yang dihadapi oleh para petani. Ini termasuk kekurangan sumber air, variasi cuaca yang tidak menentu, kos tenaga yang semakin meningkat dan kekurangan sumber tanah. Semuanya dapat dianalisis dengan mudah

 Pertanian Pintar

Data-data yang tepat diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Kecerdasan buatan dapat menganalisa imej-imej yang diambil oleh dron bagi membantu sistem membuat keputusan. Imej-imej ini pula disokong dengan data-data di kawasan pertanian. Kesemua ini disuntik dengan elemen teknologi digital terutama Internet of Things (IoT) yang mampu memberi impak luar biasa

Hari ini dron-dron pertanian sudah mula berterbangan membuat semburan padi, menabur benih, memantau tanaman, menabur baja di ladang-ladang di negara kita namun belum lagi menjadi norma yang biasa. Ia dilihat masih baru dan mempunyai kos yang tinggi.

Undang-undang penggunaan dron juga masih belum diselaraskan di antara agensi kerajaan seperti pihak berkuasa penerbangan awam (CAAM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Masing-masing mempunyai kawalan kuasa tersendiri sama ada mengawal udara, pengambilan gambar dari udara dan penggunaan frekuensi dron. Pemain industri dron terpaksa merujuk semua agensi ini untuk mendapatkan kelulusan sebelum menggunakan. Diharap MAFI dan MOSTI dapat berunding dengan semua agensi bagi menyelaras penggunaan dron pertanian ini.

Felcra, Felda, syarikat GLC sudah mula menggunakan dron dalam sektor pertanian mereka. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga turut membantu. Badan kerajaan seperti MDEC, MaGic sudah mula menaja teknologi penggunaan dron pertanian. Syarikat swasta terlibat dalam teknologi AI, Dron dan robotik juga terus berkembang.

Usaha Pemodenan Pertanian MAFI

Tahun lalu kerajaan dilaporkan akan meneruskan objektif dasar agromakanan sedia ada dengan melancarkan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) bagi tempoh 2021 hingga 2030.

Semua dasar menyebut mengenai teknologi. Tetapi benarkah kementerian boleh menukar minda
para pegawai untuk menerima perubahan baharu atau paling mudah menguruskan pembeliannya atau
menggunakan perkhidmatan berasaskan AI dan Big data?

DAN 2.0 yang bakal dilancarkan pada 2021 itu adalah untuk menstruktur semula strategi melalui penilaian pencapaian sedia ada bagi mempercepatkan proses pemodenan selain mengurus permintaan dan penawaran bekalan makanan negara.

Misinya jelas iaitu memodenkan sektor agromakanan dan menjamin sekuriti makanan serta meningkatkan sumbangan kepada pendapatan golongan sasar dan ekonomi negara menggunakan pendekatan baharu berteraskan teknologi moden dan pembangunan mampan selaras dengan Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) dan Sustainable Development Goals 2030 (SDG 2030).

Belanjawan 2021

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperoleh peruntukan berjumlah RM4.790 bilion untuk terus memperkasa sektor pertanian dan agromakanan termasuk akuakultur.

Dana itu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.512 bilion bagi pembangunan dan RM3.278 bilion untuk perbelanjaan mengurus.

[ARTIKEL BERKAITAN-RM4.79B MAFI: Pemerkasaan Sektor Pertanian dan Industri Makanan ]

Peruntukan sebanyak RM410 juta bagi pelaksanaan tujuh inisiatif utama di bawah program-program yang diatur MAFI

Tujuh inisiatif utama sektor pertanian bernilai RM410 juta namun hanya inisiatif ketiga dan kelima dilihat ke arah teknologi IR4.0 iaitu;

“Inisiatif ketiga ialah perlaksanaan program Ladang e-Setelit dengan peruntukan RM10 juta secara geran padanan sehingga RM30 ribu kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), bagi tujuan pembelian peralatan pertanian berasaskan ‘internet of things’ termasuk dron.

“Inisiatif kelima ialah pembiayaan di bawah Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan sehingga RM1 juta pada kadar 3.5 peratus bagi tempoh sepuluh tahun kepada pengusaha pertanian untuk perolehan peralatan dan teknologi berteraskan IR 4.0. Sebanyak RM60 juta disediakan Agrobank.

Apakah ia mencukupi?

Cabaran Menteri MAFI Dr Ronald Kiandee ialah merealisasikan teknologi AI, Big Data sebagai norma baru dalam sektor pertanian dan agromakanan

Dengan peruntukan mengurus RM1.72 bilion lebih banyak kepada pemberian subsidi, insentif dan bantuan untuk petani dan nelayan pada tahun 2021 sudah tentu cabaran besar untuk meningkatkan daya saing pengeluaran padi, beras, tanaman buah-buahan menerusi peningkatan produktiviti, kualiti dan kecekapan tanpa peruntukan utama membeli teknologi AI seperti dron, robotik  dan juga big data yang dilihat sangat mahal. Menguruskan subsidi rakyat lebih utama belum dikira ketirisan subsidi di peringkat pelaksanaan sama ada disalur kepada agensi atau pertubuhan peladang. 

Paling tidak MAFI memulakan projek perintis bagi pemetaan pertanian menggunakan teknologi dron di beberapa kawasan terpilih sebelum meluaskannya seluruh negara. Data Gunatanah sektor pertanian dan data tanah terbiar 2019 menunjukkan sesuatu boleh dilakukan jika pemetaan pertanian dapat dilakukan. Banyak analisis boleh dibuat dari segi penggunaan tanah, sumber air,  jalan pertanian, penentuan tanaman malah mungkin spesis tanaman atau varieti. 



Sebagai Menteri MAFI berasal daripada Sabah Dr Ronald Kiandee juga perlu memanfaatkan kelebihan Negeri Sabah bagi meneruskan agenda transformasi sektor pertanian. Sabah adalah penyumbang utama untuk sektor pertanian negara. Pada tahun 2019, Sabah menyumbang 13.5% kepada sektor pertanian negara, iaitu ke-3 tertinggi, selepas Sarawak (16.3%) dan Johor (16.2%).

Ini bermakna kemampanan sektor pertanian Sabah, sebagai penyumbang besar kepada KDNK dan penyedia pekerjaan yang banyak, boleh memberi impak yang besar kepada ekonomi Sabah serta sektor pertanian negara. Selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020), Sabah juga tidak boleh lari daripada meningkatkan penggunaan teknologi dan mekanisasi lebih tinggi untuk menangani cabaran sektor pertanian.

[ARTIKEL BERKAITAN - Dr Ronald Kiandee teruskan agenda transformasi sektor pertanian Sabah ]

 

23 Comments