Banyak spekulasi sebab sebenar Peja tumbang. Benarkah hanya isu tanah dan SUPOL atau ada isu lain? Rupanya ramai tidak senang sikap Peja bukan saja dalam Negeri Perak juga di luar Perak. Apa ada lagi ada sebab lain?
Kalah Undi Percaya menyebabkan Ahmad Faizal Azumu terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak.Pada 4 Disember lalu 48 Adun-adun menolak usul percaya Hanya 10 orang adun saja yang mengundi menyokong Faizal Azumu manakala satu lagi undi rosak atau berkecuali.
Desus-desus hubungan keruh Faizal Azumu dengan pemimpin UMNO Perak bukan baharu. Ia telah lama hanya menunggu masa meletup tetapi Peja menganggap teguran UMNO perkara biasa.
Mengapa Faizal Azumu dijatuhkan? Sudah tentu kesan menumbangkan Faizal Azumu akan memberi kesan kepada negeri-negeri lain yang juga kedudukan PN 50-50. Tiada siapa yang mempunyai majoriti besar di negeri-negeri termasuk di peringkat persekutuan.
Semuanya atas kerjasama rapuh PN dan BN. Lantaran itu tidak hairan Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen misalnya Sabah dan Johor juga boleh tumbang. Begitu juga bekas Menteri besar Johor Osman Sapian bahawa katanya Bersatu akan membalas dendam di Johor.
Bagaimanapun pemimpin kerajaan negeri Sabah menafikannya kerana Sabah punya sentimen sendiri. Sabah bukan Perak. Begitu juga Faizal Azumu menasihatkan rakan Bersatu di negeri lain jangan balas dendam. Fokus kepada kerjasama PN-BN sekarang.
Benarkah Faizal Azumu jatuh kerana isu tanah dan Setiausaha politik?
Najib dalam hantaran facebooknya menulis kehilangan sokongan pada MB Perak dipercayai berpunca dari beberapa perkara yang tidak disenangi UMNO Perak.
Dua isu utama katanya ialah penjualan ladang sawit 15,000 hektar milik kerajaan negeri secara rundingan terus tanpa tender dan pelantikan ADUN UMNO sebagai Setiausaha Politik MB Perak.
Tulisan Datuk Seri Najib itu bleh dibaca link berikut;
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157532345875952/?d=n
Ladang bernilai RM1.03 bilion dan memberi keuntungan besar sebanyak RM40 juta setiap tahun kepada negeri Perak telah dijual pada bulan April 2020 (meneruskan dasar PH) dengan harga murah RM342 juta (Nilai pasaran RM1.03 bilion) kepada syarikat berpengkalan di Singapura. Boleh baca Bursa Malaysia.
Begitu juga amaran pelantikan Setiausaha Politik MB sebagai persetujuan sebelum ini semua urusan sedemikian mesti dirundingi bersama UMNO Perak.
Surat terbuka ‘Perak Karam’
Bagaimanapun satu surat terbuka kepada warga Perak semalam tular mendedahkan projek yang dibolot oleh Dato’ Iskandar Setiausaha Politik MB nama KANDO. Surat atas Nama Yeop Kidai itu mendedahkan beberapa isu dilapor menyumbang kepada kemarahan kepada Peja Azumu.
KANDO Bolot projek di Perak?
Pertama mengenai tanah MB Inc yang dijual melalui rundingan terus di bawah harga pasaran. Urusniaganya dijalankan oleh Ram Katigesu.
Kedua pelantikan Tan Sri Rashid Manaf bapa saudara kepada Dato’ Iskandar Setiausaha Politik KANDO itu. PCB atau Perak Corporation Berhad adalah syarikat yang tersenarai di bursa saham. Tan Sri Rashid adalah BOD Ecoworld satu lagi syarikat taikun terkenal di negara ini.
Bapa Saudara Dato' Iskandar SUPOL?
Ketiga kelulusan permit atas nama pembangunan ladang hutan kepada budak-budak Armada Peja. Antaranya Hutan Simpan Kledang Siong Kuala Kangsar, Hutan Simpan Piah, Kuala Kangsar, Hutan Simpan Sungai Kuak. Luas kawasan ialah kira-kira 400 hektar setiap tahu. Misi utama projek ini ialah mengeluarkan balak di hutan ini.
Antara surat yang tular di laman sosial
Terdedahlah nama pemilik projek ladang itu iaitu Mohd Herman Md Haassan Armada Bersatu orang harapan Ahmad Faizal Azumu MB Perak dan pegawai khasnya Mubin yang juga Ketua Armada Perak. Bayangkan 746 ekar atas namanya yang semua tahu beliau bukan usahawan tetapi kini memiliki ladang seluas 746 ekar itu. Menurut surat terbuka itu Herman sedang ‘menjaja’ surat LOA tanahnya itu kepada taikun-taikun yang mahu membeli tanah dan kawasan balaknya.
Sokongan Herman Haassan terhadap MB Perak sangat berasas. Jika MB menolongnya
sudah tentu dia perlu mempertahankan MB
Keempat ialah Projek pasir milik KANDO yang dieksport keluar negara. Lumut Port digunakan sebagai jeti utama bagi tujuan itu. Siapa pemilik projek ini? KANDO? kroni KANDO?
Ini adalah apa yang dilapor media dan juga pendedahan surat layang yang tular. Sama ada benar atau tidak ia perlu diperjelaskan kepada rakyat oleh tuan punya badan Peja atau Faizal Azumu dikatakan bukan saja tidak disenangi di Perak tetapi peringkat kepimpinan Bersatu di Malaysia. Memandangkan semua sudah meletak jawatan adalah wajar kiranya SPRM membuka siasatan terhadap Dato Iskandar atau KANDO itu. PN dan BN harus belajar dari kemelut Perak ini agar tidak merebak ke negeri lain. Kerjasama mesti ikhlas. sekecil apa pun isu mesti didengar dan diselesaikan. Yang berkuasa pula jangan menindas rakan akhirnya memburukkan keadaan.