Darell Leiking nafi Shafie 'takut' Dr Mahathir tetapi fakta 26 bulan buktikan Shafie penakut hingga pernah ajak Dr M masuk Warisan. Semua tuntutan Shafie Dr M kata 'Tunggu Sekejab' sehingga habis kuasa apa pun tak dapat.
Warisan menepis dakwaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing yang kerajaan Warisan takut menuntut hak minyak dan gas daripada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking sebaliknya terus menyalahkan kerajaan Barisan Nasional walaupun 22 bulan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 7 dan Kerajaan Warisan berkuasa 26 bulan. Katanya BN lah yang gagal menunaikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Darell berkata Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg tidak senang dengan jawatankuasa teknikal MA63 mengenai penurunan kuasa di bawah pentadbiran BN, yang dipengerusikan bersama Nancy Shukri dan Anifah Aman, dengan Abang Johari menyifatkannya “tidak berupaya”.
Nancy dan Anifah masing-masing ialah menteri di Jabatan Perdana Menteri serta menteri luar ketika itu.
“Bagi saya, ini bukan soal takut, tetapi Shafie Apdal tahu apa yang dilakukannya – itu sebabnya jawatankuasa khas Kabinet mengenai MA63 di bawah Pakatan Harapan-Warisan menyelesaikan 17 daripada 21 isu yang dibentangkan kepadanya.
“Setakat ini, untuk Masing kata Shafie (Warisan) takut adalah tidak adil dan salah. Shafie menangani perkara itu bersama Abang Johari ketika itu.”
Terdahulu, Masing mengesahkan kerajaan Sabah pimpinan Warisan tidak menuntut hak minyak dan gas daripada Putrajaya kerana mereka takut kepada Mahathir.
[ARTIKEL BERKAITAN- TKM Sarawak sahkan Warisan ‘takut’ tuntut hak minyak, gas dari Dr Mahathir]
Masing berkata, Sarawak sebenarnya sudah mengajak kerajaan Sabah di bawah pimpinan Shafie Apdal dan Warisan untuk bersama mereka menyaman Petronas berhubung 5% cukai jualan ke atas produk petroleum, tetapi ditolak oleh Menteri.
Leiking bengang dan berkata, tidak wajar Masing menuduh kerajaan Warisan sebagai takut Dr Mahathir dan Shafie mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan 5% cukai jualan daripada Petronas.
26 Bulan Warisan berkuasa hakikatnya mereka ‘jilat’ Dr Mahathir
Shafie dan Warisan punya cara tersendiri? Cara apa selain menuruti segala kehendak Dr Mahathir Mohamad. Ini fakta yang tidak boleh disangkal oleh Warisan sejak 22 bulan yang lalu.
Masing cuba membuktikan cara Shafie salah. Jika Abang Johari mengikuti cara Shafie pasti Sarawak tidak mendapat apa-apa dan senasib Sabah sekarang.
Jika kita melihat semua kronologi media sejak Warisan merampas kuasa 12 Mei 2018 hinggalah Shafie membubarkan DUN Sabah 29 Julai lalu tidak ada sedikitpun bantahan Shafie terhadap Dr Mahathir sama ada MA63, royalti dan cukai jualan petroleum.
Dr Mahathir mengumumkan pembatalan projek TSGP di Sabah pada 21 Ogos 2018, Shafie pun gembira batal juga.
Yang rugi rakyat Sabah. Semuanya ikut Dr Mahathir
Shafie Warisan hanya berlagak mahu menjadi ‘abang besar’ kepada Sarawak kononnya beliaulah yang membawa Sarawak menyokong Dr Mahathir Mohamad. Hakikatnya Shafie dan Warisan salah mengenai Sarawak.
Sarawak sama ada di bawah Najib sebagai PM ke 6, Dr Mahathir PM ke 7 dan Tan Sri Muhyiddin PM ke 8 mereka kekal cara bertentangan dengan Kerajaan Pusat.
Ketika Tun Dr Mahathir PM dan Lim Guan Eng Menteri Kewangan berkuasa mereka melakukan pelbagai cara mengugut Sarawak termasuk tidak mengagihkan royalti, pelbagai cukai malah mengecam Sarawak sebagai negeri punya rezab besar tetapi tidak mahu membayar hutang.Mereka melawan dan membayar hutang itu kepada MOF. Mereka menuntut Lim Guan Eng segera membayar kutipan cukai pelancongan Sarawak
Ia sangat berbeza dengan Sabah bawah Warisan menunduk apa saja arahan Dr Mahathir. Shafie berharap tongkat saktinya bukan saja untuk Sabah kononnya untuk membawa Sarawak menyokong PH tetapi gagal
Dakwaan Warisan kononnya di bawah MA63 Pakatan Harapan-Warisan menyelesaikan 17 daripada 21 adalah perkara mengarut kerana sudah banyak isu itu telah dilaksana di zaman BN pun. Warisan hanya ‘claim’.
Sarawak lawan di Mahkamah Shafie tengok!
Sebaliknya cara Sarawak sekarang menunjukkan hasilnya. Pada November 2019 Kerajaan Sarawak memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuching kerana Petronas membayar cukai jualan produk petroleum 5 peratus. Ketika ini Warisan buat apa? Diajak menyaman Petronas tak mahu. Mereka menyindir Sarawak sebagai bodoh kerana berkeras dan GPS akan gagal. Pada anggapan mereka Petronas dan Kerajaan Pusat tidak boleh dikalahkan.
Sekalipun tekanan kerajaan Mahathir begitu kuat tetapi rezab Kerajaan Sarawak kukuh berbilion ringgit menjadikan Sarawak boleh melakukan apa sahaja. Membayar yuran guaman serta melakukan apa yang wajar untuk membuat tuntutan termasuk membuat tekanan kepada Petronas.
Disaat Dr Mahathir dan PH mula tumbang pada Februari 2020 sehingga peletakkan jawatan Dr Mahathir Sarawak pula terus melawan di mahkamah hinggalah pada Mac 2020 menang kes tuntutan Cukai Jualan Negeri (SST) sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum
Mereka menggunakan kad akhir mereka bekerjasama dengan Kerajaan PN iaitu tunaikan hak milik Sarawak seperti cukai dan gas. Sabah melopong bila mereka menarik sokongan kepada Kerajaan PN menyertai Dr Mahathir kononnya mahu menjadi pembangkang, mereka terlambat kerana Sarawak sudah jauh ke depan meninggalkan Sabah.
Sarawak menang Shafie dan Warisan tumpang
Selepas Dr Mahathir dan PH tumbang Mei lalu, seawal mac Perdana Menteri ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke 8. Shafie dan Warisan terus mengekalkan sokongan kepada Dr Mahathir. Hanya selepas Mac Shafie Apdal yang menjadi pembangkang mula bertindak melawan Kerajaan PN.
Malah pada 19 Julai Parti Warisan Sabah bersedia mempertimbangkan untuk mengubah perlembagaan parti bagi memberi ruang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai parti Warisan.Ketika itu Pengerusi Tetap mendiang Datuk Liew Vui Keong pelopornya. Sampai begini sekali ketaatan Warisan.
Ketika inilah Warisan muncul menggunakan kemenangan Sarawak di mahkamah untuk menuntut segala cukai termasuk Cukai Jualan Produk Petroleum. Di Zaman Dr Mahathir sedikit pun Shafie tidak berani memperjuangkan cukai ini. Yang Warisan tahu sedang ‘Tunggu sekejab’ Dr Mahathir belum putuskan.
Mulalah Warisan guna alasan, Sarawak boleh menang maka mana mungkin Sabah tidak. Maka pada April 2020 Shafie dan Warisan mula kemaruk melaksana cukai jualan sebanyak lima peratus terhadap semua produk petroleum di negeri itu berkuat kuasa Mac 2020. Untung Shafie tak perlu buang kos peguam bukti Sarawak dah ada maka laksana apa yang Sarawak buat. Kata Shafie
“Kami telah kenakan sejak bulan lalu lagi. Semasa saya berbincang dengan Dr Mahathir lagi, beliau ada bertanya tentang perkara ini, ..selain membincangkan 20 peratus royalti minyak, saya beritahu dia kami juga tuntut hak Sabah terhadap hasil bumi sendiri dan beliau meminta tunggu sekejap”.
TUNGGU SEKEJAB Warisan ialah sehingga Dr Mahathir ‘menggulingkan’ diri sendiri dan kerajaan PH. Sarawak menang dengan hasil peluh perjuangan sendiri.
Sehingga Dr Mahathir tak jadi PM- Tunggu Sekejab
Maka bagaimana Shafie, Darell Leiking dan Warisan berkata apa yang Sarawak dapat adalah hasil usaha Warisan menuntut MA63?
Lebih menyakitkan hati Shafie Apdal dan Warisan pada 17 September 2020, Kerajaan Sarawak mengumumkan Petronas sudah membayar pun cukai SST Petronas dalam RM 2.96b. Shafie Warisan yang ketika itu kerajaan sementara hanya mampu tengok dan dalam masa sama pengundi PRN Sabah pada 26 September semakin dekat. Kerajaan GPS yang melawan menang saman dapat lagi.
[ARTIKEL BERKAITAN- Sarawak dah beri RM2.96B: Bila PETRONAS mahu lunas cukai jualan kepada Sabah? ]
8 November lalu di bawah Kerajaan GRS Sabah pula mengumumkan akan mengutip cukai jualan minyak dan gas sebanyak lima peratus daripada Petronas iaitu berjumlah RM1.25 bilion, mulai tahun depan. Panaslah Warisan dan berkata merekalah yang memulakan usaha meminta cukai itu wal hal mereka gagal menuntutnya daripada Dr Mahathir.
Isnin lalu (7 Disember) sekali lagi Kerajaan Sarawak dan Petronas memeterai sebuah perjanjian komersial di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan isu berkaitan pengurusan minyak serta gas di negeri tersebut.
Perjanjian yang dimeterai itu membolehkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), iaitu anak syarikat milik kerajaan Sarawak memainkan peranan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas melalui kerjasama dengan Petronas dalam satu kenyataan.
Bertambah pitamlah Warisan dan bengang bila dikata ‘takut’ dengan Dr Mahathir. Apa yang dinyatakan oleh GRS ialah mereka akan mendapatkannya sebagai Sarawak dapat.
Dan sekarang budak Shafie bernama Darell terus menafi Shafie dan Warisan takut Dr Mahathir dengan alasan 'cara tersendiri' sedangkan fakta-fakta sejak 26 bulan lalu menunjukkan betapa Shafie takut sangat dengan Dr Mahathir. Tak jadi PM pun terus menyokong. Akhirnya rakyat juga yang rugi. Warisan tumbang pilihanraya negeri 26 September lalu.