Ketua Menteri,mahu semua sistem dan prosedur agensi perkhidmatan awam negeri dikaji supaya tiada ruang dan peluang berlakunya rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan pada masa hadapan.
Majlis Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (Hara) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2020
Kerajaan Sabah baharu yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sangat komited membanteras gejala rasuah bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan berintegriti, kata Datuk Hajiji Noor.
Sehubungan itu, beliau berkata sebagai Ketua Menteri, beliau amat menekankan agar sistem dan prosedur semua agensi perkhidmatan awam negeri dikaji supaya tiada ruang dan peluang berlakunya rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan pada masa hadapan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Khas Sempena Hari Rasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Sabah 2020
[LEBIH LANJUT: Sabah komited banteras rasuah untuk wujud perkhidmatan awam berintegriti - Hajiji ]