(VIDEO)Kurang 48 jam dibebas reman Peter Anthony perlekeh dan ganggu siasatan SPRM
14:01 Jan 13, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO)Kurang 48 jam dibebas reman Peter Anthony perlekeh dan ganggu siasatan SPRM

Sebagai seorang suspek dan pihak yang tertuduh Peter Anthony tidak wajar membuat kenyataan di luar selepas siasatan dan tahanan reman sambil bergelak ketawa memperlekeh SPRM.

KOTA KINABALU -  Baru sahaja Mahkamah Majistret membebaskan Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Peter Anthony daripada tahanan reman 7 hari dengan jaminan sebanyak RM55,000 tanpa deposit semalam hari ini Peter telah berada di Kg Bamban Tenom menghadiri Majlis kesyukuran pembebasan tahanan remannya.

Peter direman sejak Isnin lalu, bagi siasatan berhubung urusan pembelian tanah ladang berstatus tanah adat di daerah Tongod bernilai RM155 juta pada tahun 2014.

Seorang lagi Peguam KDM yang juga Naib Presiden KDM ialah Michael P Ubu pemilik firma guaman Michael P.Ubu & co yang diburu SPRM telah melarikan diri ke luar negara

Belum pun 48 jam Peter dibebaskan ketika berada di Kg Bamban Peter telah mempelekehkan siasatan SPRM malah menghina perkhidmatan hospital kerajaan.

Peter Anthony yang berdrama sakit ketika direman SPRM telah meminta tahanan di hospital swasta bagaimanapun SPRM terus menahan Peter di lokap SPRM memandangkan beliau masih sihat. Sumber juga mendedahkan Peter memilih hospital swasta kerana mendapati hospital pilihannya mempunyai doktor pembangkang DAP yang rapat dengannya. Peter boleh memperalatkan laporan hospital swasta untuknya. Oleh itu Peter memainkan mahkamah menggunakan alasan perubatan untuk mengelak reman di pejabat SPRM. Semua ini taktik diajar peguam pembangkang kepadanya. 

“saya dilayan teruk ketika tahanan SPRM. Permohonan saya untuk dirujuk di hospital swasta ditolak. Mereka hanya mahu saya dirujuk dihospital kerajaan. Saya tak mahu sebab semua tahu perkhidmatan hospital kerajaan bermasalah, ubat pun tidak cukup”. Katanya

“saya tidak dibenarkan mengambil makanan dari luar. Saya tiada masalah kalau makan roti. Tiada masalah saya boleh bertahan. Tapi orang lan boleh.." katanya dalam majlis kesyukuran sempena pembebasannya

Peter juga berbangga dan sombong bahawa tiada kes mendakwa dirinya serta pemimpin Warisan lain. 

“Sejak saya dan beberapa pemimpin Warisan ditahan beberapa bulan lalu sehingga ke hari ini tidak ada satu kes yang boleh dirujuk untuk mendakwa kami di mahkamah. Katanya

Sebagai seorang suspek dan pihak yang tertuduh Peter Anthony tidak wajar membuat kenyataan di luar selepas siasatan dan tahanan reman sambil bergelak ketawa memperlekeh SPRM. Peter berucap di depan orang ramai mengelirukan kesnya yang sedang disiasat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 24 Ogos lalu memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk ahli politik agar tidak membuat kenyataan kepada media semasa siasatan kes melibatkan rasuah dan salah laku sedang berjalan.

SPRM menegur sikap Lim Guan Eng serta pemimpin DAP yang disiasat SPRM membuat kenyatan media terbuka dan menyerang serta mempelekeh SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebelum ini pernah menegaskan, mana-mana individu yang melakukan kesalahan itu akan didakwa mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009.

"SPRM memandang serius tentang pada ketika ini sudah menjadi satu trend bahawa orang ramai atau mereka yang terlibat dengan siasatan SPRM telah membuat kenyataan media.

"Kita memandang serius perkara ini dan kita melihat bahawa perkara ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan mana-mana orang yang mengganggu, menakutkan, mengancam atau menakutkan atau melarikan orang yang dalam penyiasatan di bawah akta ini merupakan satu kesalahan," katanya dalam sidang media selepas Upacara menurun dan menaikkan bendera SPRM sempena beroperasi di bangunan baharu SPRM di sini hari ini.

Mereka yang melakukan kesalahan  di bawah sekyen berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau hukuman penjara tidak lebih dua tahun.

Kesalahan dilakukan individu terlibat juga disifatkan sebagai mengganggu siasatan yang dijalankan SPRM apatah lagi dari mulut individu yang sedang disiasat SPRM.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melakukan perkara tersebut yang kita anggap sebagai interference yang dijalankan SPRM untuk kita ambil tindakan di bawah Seksyen 48 ini," ujarnya.

Video berdurasi 7.56 saat itu menunjukkan Datuk Peter Anthony berucap dalam majlis kesyukuran itu sedang mempelekeh siasatan SPRM (sambil mempertawakan Siasatan SPRM) dan dilihat sengaja mengelirukan rakyat sedangkan kes itu masih dalam siasatan sehingga menunggu kertas siasatan selesai bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Netizen berharap siasatan kes terhadap Peter Anthony ini segera selesai. Dato’ Seri Shafie Apdal dan pemimpin Warisan yang terlibat dengan kes rasuah segera didakwa di mahkamah.

 

Kenyataan Media SPRM 24 Ogos 2017 dari Tan Sri Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM ini sangat bertepatan dengan Datuk Peter Anthony
selaku suspek atau tertuduh yang baru saja keluar lokap SPRM sudah menghentam SPRM. Belum didakwa pun dah kata SPRM
tak boleh dakwa mereka malah memperlekeh siasatan SPRM

 

3 Comments