KUALA LUMPUR- Sebuah video menunjukkan seorang lelaki bergelar CEO mencarut dan memaki hamun pegawainya dalam satu mesyuarat secara online tular dalam laman sosial Twitter, facebook dan aplikasi WhatsApp hari ini.
Dalam video tersebut, Group CEO TH Properties Damanhuri Mahmod dilihat meluahkan kemarahan dan maki hamunnya kepada pegawai dan konsultan projek dipercayai gagal melaksanakan tugas menguruskan sebuah projek TH Properties.
"The fuck you all lah, Akum ula nak maki korang ni..Dulu kau punya konsultan suruh bagi undertaking, segala butuh. Mula aku maki korang ni, barua, babi, bodoh!!’. katanya
Damanhuri Mahmod adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH Properties lantikan PH lalu.
Beberapa pengguna facebook mengecam sikap kasar dengan maki hamun CEO itu tidak kurang juga ada menyokongnya. Dalam hantaran facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia lebih 1000 komen dan 250 perkongsian video itu.
Kebocoran video mesyuarat itu ada kaitan kebencian pegawai TH kepada CEO itu sehingga tularnya video itu bagi tujuan mendedahkan sikap sebenar Damanhuri Mahmod.
Sehingga kini TH belum memberi maklum balas berhubung kejadian CEO TH Properties maki hamun pegawai dan konsultan projeknya.
Melalui anak syarikat TH, iaitu TH Properties ini beberapa aset dan projek yang sedang dibangunkan antaranya:
i. Kawasan pembangunan di Bandar Enstek seluas 5,119 ekar tanah:Bandar Enstek mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM9.2 billion jika siap sepenuhnya pada tahun 2025
ii. Hartanah di Bandar Warisan Puteri, Serembah: Ini termasuk 99 unit teres dua tingkatdi Eliya@Warisan Puteri, perumahan di Sutera@Bandar Warisan Puteri, pejabat kedai di Warisan Puteri BizCentre
iii. Perumahan di Persisiran Residences@ Bukit Pelindung, Kuantan
TH terkenal dengan kontroversi baru-baru ini terutama keghairahannya menjual aset ladang dan hotelnya.