Maafkan Dr Mahathir walau dia bersalah kerana projek IC- Shafie Apdal
17:01 Jan 14, 2018  |  By SabahKini2
Maafkan Dr Mahathir walau dia bersalah kerana projek IC- Shafie Apdal

Dr Mahathir pernah dipersalahkan atas kes Projek IC yang didakwa memberikan kewarganegaraan pada pendatang asing melalui pemberian kad pengenalan.

KOTA BELUD: Presiden Parti Warisan Sabah Dato’ Seri Shafie Apdal mengajak rakyat Sabah agar belajar dari pemimpin defacto Lim Kit Siang dan pemimpin PKR Anwar Ibrahim Tun Dr Mahathir Mohamad bekas perdana menteri,

 “Kita manusia bukannya sempurna. Masing-masing ada kekurangan. Dr Mahathir memohon maaf dan permohonan maafnya diterima Anwar dan Lim. Kita patut tanya mengapa mereka terima permohonan maaf itu.

Shafie cuba mengingatkan bahawa Mahathir yang individu yang menghidupkan semula Umno selepas parti itu diharamkan pada 1985.Namun tidak menjelaskan pengharaman UMNO adalah sebab pertempuran Matahir dengan Tengku Razaleigh sebagaimana beliau keluar UMNO kerana digugurkan dalam kabinet dan digantung UMNO.

Tetapi hari ini, Mahathir sedang bekerja keras untuk menewaskan Umno sehingga terpaksa bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Shafie Apdal turut memuji dan mempertahankan Dr Mahathir sebagai idolanya

 “BN berasa bimbang jadi mereka cuba menentang Dr Mahathir. Kita tahu Dr Mahathir berusia 92 tahun tetapi dia masih ada keupayaan berfikir dan pengalaman, kedua-dua perkara itu boleh memberi manfaat pada Malaysia.

“Beliau berjaya mengemudi negara keluar dari krisis kewangan 1977. Beliau tahu bagaimana untuk keluarkan negara dari masalah dan kita mahu pengetahuan itu,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata sekarang ini, negara dibebani hutang sebab itulah kerajaan memperkenalkan GST, katanya.

“Warisan akan hapuskan GST kalau kita bentuk kerajaan. Ada banyak sistem lain yang boleh kita gunakan untuk jana hasil untuk negara. Kalau kita boleh urus kewangan negara dengan baik, kita tidak perlukan percukaian regresif,” katanya.

Shafie tidak menjelaskan bagaimana mereka boleh menghapuskan GST kerana cukai itu diputuskan dalam Dewan Rakyat. Negeri pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang pun tidak dapat menghapuskan GST.

Tentunya menghapuskan GST lebih sukar kerana Shafie menafikan hubungan antara Warisan dan Pakatan Harapan yang diterajui Dr Mahathir, Shafie menegaskan pendirian parti untuk kekal bebas dan tidak akan menyertai gabungan itu.

Sabah hanya punya 25 kerusi Parlimen dan tidak mungkin berkuasa memerintah negara tanpa bergabung dengna Pakatan Harapan pimpinan Mahathir.

Shafie mendedahkan sudah berpakat dengan Dr Mahathir bahawa dia berperanan memastikan BN tumbang di Sabah sementara peranan Dr Mahathir pula ialah menumbangkan BN di Semenanjung.

Bagaimanapun buat masa sekarang tidak sesuai Warisan bergabung dengan Pakatan Harapan pimpin Dr Mahathir

Sebenarnya, Dr Mahathir meminta beliau untuk menjadi timbalan presiden PPBM tetapi beliau menolak kerana mahukan sebuah parti tempatan, katanya.

Dr Mahathir pernah dipersalahkan atas kes Projek IC yang didakwa memberikan kewarganegaraan pada pendatang asing melalui pemberian kad pengenalan.

Shafie Apdal berkata apapun kesalahan Mahathir maafkan dia.

Shafie Apdal membayangkan Warisan tidak mustahil bernaung dibawah Mahathir.

Baru-baru ini Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau Presiden UPKO yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata 'Sabah tidak akan lupa Projek IC Mahathir'. Sabah tidak akan melupakan kerosakan yang dibuat Mahathir. Beliau tidak pernah meminta maaf atas perkara ini dan tidak pun berhasrat berbuat demikian.

 

 

28 Comments