Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata negara seharusnya kini memberi tumpuan kepada dua isu yang disifatkan sebagai bencana berkembar iaitu COVID-19 dan banjir, bukan perkara lain.
Kredit Video: Suara TV
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak melihat kewajaran untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan ketika negara kini sedang bergelut penularan wabak COVID-19 serta banjir.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata negara seharusnya kini memberi tumpuan kepada dua isu yang disifatkan sebagai bencana berkembar iaitu COVID-19 dan banjir, bukan perkara lain.
"Negara sedang bergelut dengan dua bencana berkembar itu dan seharusnya fokus perlu diberikan untuk mengatasinya dahulu.
"KKM mahu mengelak penularan wabak COVID-19 di pusat pemindahan sementara (PPS). Kita sendiri perlu menempatkan lebih ramai kakitangan di PPS, supaya tidak berlaku kluster di pusat banjir pula.
"Perlu pastikan fokus dan keutamaan kita sekarang adalah COVID-19 dan banjir. KKM belum melihat isu yang dibangkitkan (PRU-15) itu sebagai keutamaan pada masa sekarang, " katanya.