Portal Sabahkini2 sebelum ini pernah mendedahkan mengenai sekumpulan anak muda penerbit buku Indie pro PH, Thukul Cetak dan DuBook Press berlagak menguasai DBP dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Ya mereka berjaya apabila Zul Fikri Zamir bekas CEO Thukul Cetak kontroversi mengenai Manifesto Komunis di Jakarta tahun 2016 dilantik menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Selepas menjadi SUA Dr Maszlee Zamir memberikan Mutalib Uthman bekas CEO DuBook Press itu projek novel edisi khas karya Sasterawan Negara (SN) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 26 koleksi.
Bagaimanapun pada penghujung disember 2019 projek itu menjadi kontroversi apabila Haslina Usman anak Allahyarham Usman Awang mempersoalkan kulit novel Tulang-tulang Berserakan, karya arwah ayahnya menggunakan gambar Zul Fikri Zamir Setiausaha Akhbar Dr Maszlee. Beliau juga menggunakan gambar dirinya sendiri (Mutalib) untuk kulit buku sasterawan yang lain. Bersilatlah mereka mempertahan karya dari salah guna kuasa Setiausaha Akhbar itu atas alasan kos murah.
Setiausaha Akhbar lantik Mutalib untuk projek Kulit Buku. Sebagai terima kasih wajah Setiausaha Akhbar dijadikan kulit buku
[ARTIKEL PENUH BACA - Gambar Pegawai Khas Menteri KPM kulit buku Usman Awang bukti salah gunakuasa lantik kroni di DBP ]
Dr Maszle, Mutalib Uthman dan Zamir
SPRM Siasat?
SPRM di zaman PH Shukri dan Lathefa Koya biasalah gemar menutup kes pemimpin PH. Berapa banyak aduan rasuah terhadap Dr Maszle Malik dan Setiausaha Politiknya ketika itu semuanya ditutup. Namun SPRM sehinggalah ke hari ini terus senyap walau tahu projek diberi oleh Setiausaha Akhbar Menteri rakan perniagaannya Mutalib Uthman. Mereka mempunyai kepentingan terus daripada Menteri Pendidikan ketika itu
Lebih teruk Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan ‘kasut hitam’ melantik pula Mutalib Uthman sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Perbadanan Kota Buku (PKB) pada januari 2020 sekalipun pada bulan sama Dr Maszlee meletak jawatan Menteri Pendidikan.
Alasan pelantikannya kerana pengalaman sebagai CEO DuBook Press menerbitkan buku-buku Indie. Namun apa jadi kepada syarikat Thukul Cetak milik Zamir dan DuBook Press milik Mutalib? Kedua-duanya lingkup. Penuh hutang, royalti tidak dibayar dan barang dilelong.
Dan kini setelah setahun Mutalib Uthman sebagai CEO Perbadanan Kota Buku (PKB) apa pencapaian agensi milik Kementerian Pendidikan itu? Renovasi Kota Buku, jual buku, rakyat celik buku?
Atau menjadi penyelamat wang kepada kroni Mutalib geng-geng DuBook, Thukul Cetak, Fixi dan geng indie dikala mereka kehilangan pendapatan selepas Dr Maszle tidak lagi menjadi Menteri Pendidikan. Khabarnya Thukul Cetak dan DuBook mula dihidupkan semula dibantu Mutalib sebagai CEO. Kota Buku menjadi medan geng PH menjual karya mereka.
CEO Perbadanan Kota Buku menghidupkan sahabat-sahabatnya Penerbit Indie. Guna modal Kota Buku beri projek buat
Setahun sebagai CEO yang pasti dia sedang mengenyangkan penerbit geng indie melalui duit Perbadanan Kota Buku.
Apa motif CEO agensi Kementerian Pendidikan menghentam Menteri Kesihatan?
Wajarkah CEO agensi milik kerajaan yang tertakluk peraturan kementerian pendidikan menyerang Menteri kabinet lain?
Tulisan Mutalib mungkin memberi cadangan atau mungkin mengkritik tetapi tidak wajar CEO agensi milik kerajaan itu memfitnah Menteri putus asa, Menteri tidur dan tidak menjalankan tugas. Baca kenyataan pun nampak Mutalib cuba memperlekeh Menteri Kesihatan dan selaku CEO kerajaan beliau tidak wajar melakukannya.
Mengapa Mutalib tidak mencadang kepada Menteri Pendidikan bosnya mengenai sekolah ketika pandemik Covid-19?
Ya semua cadangan itu bagus tetapi semua cadangan itu sudah dilaksana mengikut kesesuaian MKN dan KKM. Jika Mutalib sebagai CEO merasa pandai dia beri cadangan itu kepada YB Dr. Mohd Radzi Md Jidin Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), bosnya atau berjumpa sendiri dengan menteri. Beliau CEO maka boleh akses dengan kementerian atau jika dia bagus menerbitkan buku-buku kempen kesedaran Covid-19, vaksin dan lain-lain bukan memperlekeh. Itu perangai tentera upahan PH. Duduk di agensi kerajaan tetapi membalun kerajaan guna plafform kerajaan.
Semua Menteri dan ketua jabatan/CEO mempunyai peranan masing-masing namun memfitnah Menteri sebagai tidur dan tidak menjalankan tugas sangat keterlaluan. Menteri, pegawai KKM bekerja siang dan malam memerangi Covid-19. Jelas tujuan tulisan CEO ini berniat untuk ‘troll’ rakyat menghina Menteri dan KKM. Beliau sangat seronok kenyataannya menjadi mainan dalam laman sosial.
Lebih baik Mutalib fokus sebagai CEO Perbadanan Kota Buku dan jika beliau merasa tidak senang kepada Kerajaan PN sekarang, Mutalib sepatutnya meletakkan jawatan.
Mutalib Uthman yakin beliau kuat, Menteri Pendidikan pun tak berani membuangnya.
Bila Menteri Pendidikan nak pecat atau tamatkan kontrak CEO?
Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin mesti berani menamatkan kontrak Mutalib CEO Perbadanan Kota Buku itu. Ada ramai lagi penyokong PN yang boleh bekerja di situ bukan memberi ‘pisau’ geng PH membelasah kerajaan secara membuta tuli. Tidak berpuas hati beliau sebagai CEO sepatutnya menggunakan saluran yang betul.
Memperlekeh langkah Kerajaan PN membendung Covid-19 bermakna memperlekeh Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri yang bekerja keras bersama Menteri Kesihatan menangani pandemik Covid-19. Bermula rabu 13 Januari PM atas nasihat KKM dan MKN mengumumkan melaksana PKP.2.0 yang lebih ketat.
CEO Perbadanan Kota Buku Ahli Parti MUDA -Syed Saddiq
Ya Mutalib Uthman adalah Penaja Parti MUDA di ketuai Syed Saddiq tetapi itu tidak bermakna Mutalib sebagai CEO boleh menentang kerajaan secara terbuka. Mutalib adalah penyelaras kempen #BilaNakLulus parti MUDA dan secara terbuka mengugut Menteri Dalam Negeri jika tidak meluluskan Pari MUDA. Kempen-kempen jahat MUDA digerakkan oleh Mutalib. Tidak mustahil Mutalib dan MUDA akan menggunakan kaedah lebih keras selepas ini.
CEO agensi Kerajaan menyertai parti pembangkang apatah lagi menubuh parti menentang Kerajaan pun satu satu kesalahan.
Dilantik CEO gaji besar, belanja juta-juta beri projek untuk kroni dan guna kemudahan Perbadanan Kota Buku menentang kerajaan secara terbuka. Kempen kempen #BilaNakLulus guna duit mana? Jika Mutalib berani letaklah jawatan CEO tak perlu tunggu dipecat untuk mendapat pampasan daripada kerajaan. Itupun jika Mutalib berani meletak jawatan.
Kepada Dr Mohd Radzi Md Jidin Menteri Pendidikan janganlah tunggu lama, mohonlah pecat Mutalib. Tidak mengapa membayar lebih RM100 ribu pampasan kerana memendekkan kontraknya namun tindakan beliau sangat keterlaluan bagi seseorang CEO agensi KPM. Kita mahu lihat dia akan berjuang untuk jawatan dia dipecat sebagai CEO Perbadanan Kota Buku atau parti MUDA yang belum diluluskan!.
#BilaNakPecat