Pecat Anthony Kiob CEO IDS Orang Kanan Madius Tangau Presiden UPKO!
02:01 Jan 16, 2021  |  By SabahKini2
Pecat Anthony Kiob CEO IDS Orang Kanan Madius Tangau Presiden UPKO!

Kerajaan GRS mesti cepat menukar Pegawai, CEO dan BOD GLC dilantik Warisan UPKO PH. Semakin lama disimpan semakin banyak kerosakan dari dalam. Mereka khianat, bocor maklumat dan agen Warisan. Oleh itu buang segera CEO IDS!

Surat terbuka kepada Ketua Menteri Sabah, YB-YB GRS dari ahli akar umbi GRS dan merupakan Staf IDS.

Salam Yang Amat Berhormat,

1) Saya merupakan staf di IDS dan merupakan ahli akar umbi parti dalam GRS memohon agar CEO IDS sekarang tidak disambung kontrak dan digantikan kepada mereka yang neutral atau pendukung kepada kerajaan GRS.

2) Pada pilihanraya negeri baru- baru ini banyak penyelidikan yang membantu UPKO & Warisan secara terang- terangan dibuat oleh IDS atas arahan CEO lantikan UPKO Warisan ini. Sebagai contoh penyelidikan persepsi KDMR terhadap UPKO yang dijalankan oleh IDS menggunakan staf IDS dan banyak lagi penyelidikan dan konsultan pencuma diberikan kepada UPKO dan Warisan atas arahan CEO sekarang.

3) Perkara yang paling ketara Anthony Kiob ini merupakan anak emas Madius Tangau apabila dilantik sebagai penasihat UPKO penampang, Pengarah Yayasan Inovasi Malaysia, dan CEO IDS Sabah.


Kepercayaan Madius Tangau... Mengapa pula STAR membelanya? STAR lupa diri?

4) Semasa konflik lantikan CEO IDS antara Dr Johan vs Anthony Kiob. YB Madius menyokong penuh Anthony Kiob secara terang-terangnya. Secara tidak langsung berjaya menyikirkan Dr Johan sebagai CEO IDS.

5) Jika CEO IDS ini tidak ditukar, mahukah kita ada badan pemikir negeri menjadi gunting dalam lipatan dalam kerajaan negeri pada hari ini? Beberapa ahli parti BN, PPBM, PBS, PBRS, STAR merupakan staf IDS ditekan dan diberi amaran semasa PRN lepas oleh CEO ini kerana merupakan staf yang tidak menyokong kerajaan.

6) Kami ahli akar umbi parti walaupun merupakan staf IDS tetap berkerja di luar pejabat dan semasa pilihanraya untuk tumbangkan Warisan UPKO supaya berlaku perubahan di peringkat atasan khusus IDS tetapi jika CEO masih dikekalkan maknanya usaha kami hanya sia-sia.


Antara Mesej tangkap layar  CEO Anthony Kiob yang tular di laman sosial


7) Sekarang CEO ini mendapat sokongan pemimpin STAR, sedangkan semasa PRN lepas CEO ini banyak bantu UPKO untuk lawan STAR. Betul-betul ikhlaslah CEO ini? Dan adilkah kepada penyokong dan akar umbi STAR yang banyak bersusah payah melawan UPKO akhirnya ahli UPKO diangkat?

7) Lantiklah CEO yang neutral atau pro kepada kerajaan hari ini. Banyak anak muda dan muka baru anak Sabah yang berbakat yang boleh bawa IDS ke hadapan dan dapat membantu kerajaan negeri bukan menjatuhkan kerajaan negeri.

Sekian,
Akar umbi parti dalam GRS,
Staf IDS

15 Comments