Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu sebanyak 1,466 kes (36.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,161 kes (79.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif
Pada hari ini, 16 Januari 2021, negara kita sekali lagi melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,029 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 155,095 kes. Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 37,126 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lapan (8) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 4,021 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 2,711 kes adalah warganegara Malaysia manakala 1,310 kes adalah bukan warganegara.
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu sebanyak 1,466 kes (36.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,161 kes (79.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 719 kes (17.8 peratus) dan Sabah sebanyak 449 kes (11.1 peratus).
Sebanyak 110 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (40 kes), Kluster Tembok Nanas (39 kes), Kluster Tembok Gajah (15 kes), Kluster Damai Pelangi (9 kes), Kluster Pagar Siput (4 kes), Kluster Tembok Kemus (2 kes), dan Kluster Pagar Bentong (1 kes).
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri seperti berikut;
Sehingga kini, terdapat 205 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 594 kes (0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian | No. Kes | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
587 | 104077 | Sabah | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
588 | 126612 | Selangor | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis |
589 | 141045 | Perak | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan masalah pendengaran |
590 | 142964 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit paru-paru kronik obstruktif (COAD) |
591 | 144035 | Pahang | Lelaki (WN) | 40 | Hospital Bentong | Penyakit kencing manis |
592 | 145939 | Sabah | Lelaki (WN) | 62 | Jenazah dibawa ke Hospital Lahad Datu | – |
593 | 117659 | Sabah | Perempuan (BWN) | 45 | Hospital Lahad Datu | Penyakit jantung |
594 | 149197 | Sabah | Perempuan (BWN) | 61 | Hospital Lahad Datu | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,148 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 117,375 kes (75.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)
Sehingga 16 Januari 2021, terdapat sebanyak 641 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu pada hari ini. Sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (336 kes), Kluster Bukit Pasir (189 kes), dan Kluster Senai Cyber (111 kes).
Lembah Klang khususnya Negeri Selangor merekodkan kes tertinggi di negara ini. Johor di ranking kedua dan Sabah di ranking ketiga.