[VIDEO] Pesakit minum bir di PKRC COVID-19 Likas, Mana Dr Christina Pengarah JKNS?
13:01 Jan 17, 2021  |  By SabahKini2
[VIDEO] Pesakit minum bir di PKRC COVID-19 Likas, Mana Dr Christina Pengarah JKNS?

Bagaimana PKRC COVID-19 Likas boleh ada bekalan bir?JKNS berkata minuman keras dilarang di PKRC. Ini bukan soal budaya tetapi peraturan kerajaan. Dr ChristinaPengarah JKNS perlu bertanggungjawab isu ini. Beliau gagal mengurus Covid-19 sejak PRN lalu

VIDEO TULAR

KOTA KINABALU: Disaat Sabah berhadapan pandemik Covid-19 tular video berdurasi 12 saat sekumpulan individu yang bertindak meminum bir di  Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Likas yang tular dalam media sosial sejak semalam

Jabatan Kesihatan Sabah dilaporkan sedang menyiasat video rakaman pesakit Covid-19 minum bir itu.

Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi, berkata meminum arak tidak dibenarkan di semua pusat rawatan dan rawatan berisiko rendah di negeri itu.

“Kes itu sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi.



Berdasarkan lantai dewan itu ia merupakan PKRC Likas

Cuepacs kecam minum bir di PKRC

Sementara itu Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kesal dengan pelanggaran peraturan itu meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata tindakan itu tidak menghormati pengorbanan petugas barisan hadapan kerana secara jelas melakukan kesalahan di kawasan digunakan sebagai kemudahan kesihatan untuk merawat pesakit COVID-19. 

Beliau berkata tindakan meminum bir itu juga boleh mengundang ketidakselesaan pesakit lain yang sedang dirawat dan mungkin boleh mencetuskan masalah lain sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal.

"Cuepacs mahu tindakan juga diambil kepada pihak terlibat yang membawa, membekal atau melepaskan minuman keras itu kepada pesakit...tindakan individu itu biadab kerana seolah-olah sedang bergembira sedangkan petugas barisan hadapan sibuk mengerah keringat menyelamatkan rakyat.

"Tindakan yang sewajarnya perlu diambil agar tiada lagi pihak lain yang berani bertindak seolah-olah petugas barisan hadapan kita sedang berseronok atau berhadapan dengan satu perkara yang remeh," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Adnan berkata sekiranya ada penglibatan pihak pengawal keselamatan atau petugas kesihatan sendiri dalam kejadian itu, tindakan tatatertib wajar dikenakan kerana ia mencemarkan integriti terutamanya membabitkan penjawat awam.

"Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan pihak berkuasa tidak perlu melindungi mereka yang bersalah. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sewajarnya mereka sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan apatah lagi ketika sedang mendapatkan rawatan daripada petugas kesihatan," katanya.

Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi yang sebelum ini dilihat gagal mengemudi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menangani Covid-19 selepas PRN Sabah sewajarnya mengambil tanggungjawab ini.

Jika dilihat daripada Video itu didapati kumpulan individu itu bukanlah dari Sabah. Rakyat Sabah tidak akan minum di tempat pusat kesihatan kerajaan seperti ini. Bagaimanapun menjadi persoalan bagaimana minuman keras itu berjaya masuk di PKRC Likas? apakah pegawai atau pengawal keselamatan menyediakan bekalan itu? 

Pada 9 Oktober tahun lalu beberapa ADUN Warisan mengangkat Sumpah di Sidang Dewan Undangan Negeri walaupun tidak cukup 14 hari tempoh kuarantin seperti YB Saripuddin Hatta ADUN N58 Merotai yang mendapat pelepasan dari Datuk Dr Christina Rundi Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hanya melalui aplikasi WhatsApp

[ARTIKEL BERKAITAN- Azis Jamman jangan 'Double Standard', YB Warisan hanya WhatsApp 'Kawtim' Pengarah JKNS Dr Christina semua ok! ]

 

 

9 Comments