Susulan tular gambar keretakan struktur Jejambat (Flyover) Luyang di laman sosial yang membimbangkan rakyat Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui syarikat konsultannya akan memperbaiki segera struktur Jejambat yang retak.
Pengarah JKR Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid berkata, keretakan yang berlaku itu berikutan struktur yang berbeza dan dibawah jejambat itu terdapat perparitan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Bagaimanapun, buat sementara waktu itu, pihaknya akan meletakkan simen bagi membaiki keretakan struktur yang berlaku.
Buat masa ini, jejambat ini ditutup sementara pada laluan bahagian atas dan bawah bagi tindakan susulan untuk memperbaiki keretakan dinding yang berlaku.
“Saya akan mengadakan mesyuarat teknikal dengan segera bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerosakan ini,” katanya bagi mengulas mengenai isu keretakan Jejambat Luyang itu.
Kegagalan kontraktor Azam Jaya
Sementara itu seorang jurutera berpendapat sebarang pembinaan sebelum atau selepas dibina berubah bentuk, retak, atau runtuh boleh dianggap sebagai projek pembinaan yang gagal. Kerosakan atau kegagalan mungkin boleh diperbaiki namun penyebab utamanya perlu dicari.
“Siasatan mendalam dan terperinci perlu dilakukan sebelum membahayakan nyawa manusia” katanya
Sebagaimana kenyataan Ir Ali Ahmad Hamid Pengarah JKR Sabah keretakan berlaku berikutan struktur yang berbeza dan di bawah jejambat.
Kontraktor projek Syarikat Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd nampaknya gagal. Memandangkan Projek Menaiktaraf Jalan Lintas, Kota Kinabalu termasuk Tiga Persimpangan Bertingkat (Fasa 2) secara reka dan bina, kontraktor mesti tanggungjawab termasuk menanggung perbelanjaan kos bukannya kerajaan.
Untuk rekod projek yang dibina Syarikat Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd bernilai RM300 juta diluluskan dalam Rolling Plan Pertama (2016 - 2017), RMKe-11. Projek ini sepatutnya siap Julai 2020 namun dilancarkan awal oleh Datuk Peter Anthony ‘untuk Claim Peter yang buat’ pada 1 November 2019.
Warisan sangat berbangga projek itu dapat dilancar awal atas namanya namun hasilnya kini apa jadi? retak dan boleh mengundang bencana jika dibiarkan berlarutan.
Datuk Peter, Pengarah JKR, Tan Sri Joseph Lo Azam Jaya. Apakah pembukaan Jejantas terlalu
tergesa-gesa dari tarikh siap? Dan sekarang kesannya buruk.
PROJEK REKA DAN BINA- Bermakna Azam Jaya perlu menanggung semua kos kerosakan
Azam Jaya Taikun kesayangan Shafie dan Peter
Hubungan Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan pemilik Syarikat Pembinaan Azam Jaya Tan Sri Joseph Lo bukanlah asing. Ketika Warisan berkuasa Joseph Lo mengekor rapat Shafie dan Peter sebagai pembiaya kempen Warisan.
Joseph Lo turut diberi anugerah tertinggi Negeri Sabah lagi atas sumbangannya kepada Kerajaan Warisan ketika itu.
Komen Rakyat Jejambat Rosak
Tinjauan di laman sosial rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana projek yang baru dilancarkan retak. Apakah sebabnya? apakah bahan kurang berkualiti, faktor alam dan mungkin rasuah.
JKR dan Syarikat Pembinaan Azam Jaya perlu membaca komen rakyat ini
Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd- Konsesi RM500 juta
Dalam satu pendedahan Sabahkini2 mengenai projek rundingan terus RM 1.5b konsesi penyelenggaraan Azam Jaya turut mendapat satu projek selenggaraan Zon Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak melalui syarikatnya Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd dengan kontrak konsesi RM500 juta selama 5 tahun.
[ARTIKEL BERKAITAN- JKR Sabah terus bayar syarikat konsesi 'kroni' ratusan juta, Peter Anthony kutip hasil beli pemimpin GRS? ]
Kerja 'Mark up' melampau
Tidak bermakna Syarikat Pembinaan Azam Jaya milik Taikun maka taikun tidak melakukan kesilapan. Politik mungkin jalan untuk mendapat dan memonopli projek tetapi jika kantoi kesannya juga besar.
Walau apapun SPRM wajar menyiasat dakwaan tentang pemilik syarikat Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd ini. Projek jejambat yang rosak serta kontrak konsesi rundingan terus RM500 juta selenggaraan jalan di pantai timur. Mereka tidak pun melakukan kerja selenggaraan jalan tetapi membuat tuntutan seperti biasa.
[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak ]