Intipati Pengumuman PM Pakej Bantuan Khas (PERMAI) RM15 bilion
17:01 Jan 18, 2021  |  By SabahKini2
Intipati Pengumuman PM Pakej Bantuan Khas (PERMAI) RM15 bilion

Pakej bantuan terbaru itu akan dilaksanakan menerusi 22 insiatif dengan tiga matlamat, iaitu memerangi pandemik COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19, kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.

Pakej bantuan terbaru itu akan dilaksanakan menerusi 22 insiatif dengan tiga matlamat, iaitu memerangi pandemik COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Ia adalah tambahan kepada empat pakej rangsangan ekonomi yang sudah dilaksanakan sejak penularan COVID-19 pada awal tahun lalu yang berjumlah keseluruhan RM305 bilion atau lebih 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Empat pakej bantuan terdahulu adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan keempat, pakej KitaPrihatin.

RINGKASAN:

  1. PM Muhyiddin umum Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion
  2. Sebanyak 22 inisiatif di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama
  3. Kerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari
  4. Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
  5. Ketelusan perolehan vaksin, Program Imunisasi Kebangsaan diberi perhatian utama melalui J/kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19
  6. Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta
  7. Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu
  8. Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam putuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, wajib diambil golongan ditetapkan
  9. Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
  10. iSinar - Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini
  11. JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
  12. Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021
  13. Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
  14. Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April
  15. PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac
  16. Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor
  17. Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
 
 
 
 
 
 
5 Comments