Hari ini Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod baru jumlah pesakit sembuh dan kes harian tertinggi. Seramai 4,313 orang sembuh dan 4,275 kes baharu Covid-19 dengan 7 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.
Daripada jumlah itu 4,264 kes adalah penularan tempatan manakala 11 jangkitan di luar negara.
Status terkini COVID-19 setakat 23 Januari 2021
Jumlah kes sembuh baru: 4,313 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 137,019 kes (75.9 %)
Jumlah kes baharu COVID-19: 4,275 kes
Jumlah kumulatif kes baharu: 180,455 kes
Jumlah kes aktif: 42,769 kes
Kes tempatan: 4,264 kes (3131 WN, 1,133 BWN)
Kes import: 11 kes (8 WN, 3 BWN)
Jumlah kematian baru: 7 kes (7 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 667 kes (0.37 %)
Jumlah kes di ICU: 260 kes
Pesakit COVID-19 intubated: 103 kes