[VIDEO] Sekalipun ditipu Malim Gunung, Youtuber tetap puji Kundasang Sabah cantik Melampau!
16:02 Feb 05, 2021  |  By SabahKini2
[VIDEO] Sekalipun ditipu Malim Gunung, Youtuber tetap puji Kundasang Sabah cantik Melampau!

Sabah memang menang dengan keindahan. Namun jika ada pelancong atau sesiapa saja ditipu oleh pihak tertentu ketika melancong jangan serik datang lagi. Bukan semua malim gunung dan agen pelancongan menipu. Abang-abang 'Malaya' jumpa lagi di Sabah

 

Channel Youtube Fikri ZamRi

KOTA KINABALU: Nampaknya sindiket agen atau ‘malim gunung’ menipu orang ramai menawarkan pakej mendaki Gunung Kinabalu tidak pernah berakhir

Fikri ZamRi dalam channel youtubenya bertajuk “ Kundasang Sabah cantik Melampau! - aku kena SCAM Malim Gunung Kinabalu” mendedahkan tentang penipuan malim gunung bernama Azlan Ramli sempena lawatan mereka ke  Sabah pada 30 Ogos 2020, Kundasang, Sabah.

Channel Youtube Fikri bertarikh disiarkan 30 Januari 2021 itu setakat ini sudah dilihat lebih 137 ribu pembaca dan lebih 1,100 komen

Penipuan malim gunung yang menjadi agen pelancongan itu sudah pasti merosakan nama baik persatuan malim gunung dan menjejaskan industry pelancongan di Sabah.

Dalam satu komen seorang malim gunung Refflisia Vlog's memohon maaf bagi pihak ahli persatuan malim gunung

“saya minta maaf untuk team kamu... saya merupakan seorang malim Gunung.... dan isu ini telah pun di bangkitkan dalam Pengetahuan persatuan malim Gunung... dan Penama tersebut telah pun di gantung tugas sebagai malim Gunung....” katanya

Fikri Zamri telah melaporkan insiden itu kepada pihak polis dan memohon ganti rugi daripada malim gunung itu.

Walau apapun berlaku Channel Youtube mereka telah merakamkan keindahan Sabah sepanjang mereka berada di Sabah. Rakyat Sabah mengucapkan terima kasih atas usaha mereka. 

Diharap Fikri dan rakan-rakan jangan serik lagi. PKP di Sabah pasti akan ditamatkan jika kes Covid-19 Negeri semakin turun dan melandai. Jika industri pelancongan dibuka semula 'jom' datang lagi ke Sabah. 

Mari kita tonton pengalaman mereka berada di Sabah mengunjungi tempat menarik di Kundasang dan Kota Kinabalu Sabah termasuk tempat makan, pasar dan pusat membeli belah di Sabah.  

 

5 Comments