Hajiji berkata walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19 dan perlu menduduki peperiksaan dalam keadaan norma baharu yang menerapkan prosedur operasi standard ketat, beliau yakin semua pelajar terbabit akan beroleh kejayaan cemerlang sekali gus membangga
KOTA KINABALU- Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor mendoakan kejayaan pelajar-pelajar Sabah yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.
Hajiji berkata walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19 dan perlu menduduki peperiksaan dalam keadaan norma baharu yang menerapkan prosedur operasi standard ketat, beliau yakin semua pelajar terbabit akan beroleh kejayaan cemerlang sekali gus membanggakan kedua ibu bapa dan guru-guru mereka.
“Saya berharap mereka menjawab soalan dengan sebaiknya dan telah membuat persediaan mencukupi. Selamat maju jaya dan saya mendoakan semua pelajar akan beroleh kejayaan.
“Saya turut mendoakan kejayaan buat semua pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya dalam satu kenyataan
Selain SPM, peperiksaan SVM dan STAM turut diadakan mulai hari ini, manakala STPM pula dijadualkan berlangsung mulai 8 Mac.
Seramai 52,207 pelajar dijadualkan menduduki kesemua peperiksaan awam itu di Sabah.- Bernama