SANDAKAN: Selepas Parti Warisan Sabah (Warisan) huru-hara kerana adunnya keluar Warisan dan kemungkinan ramai menyusul langkah Adun Sebatik, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah yang gusar tampil menjelaskan tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP bertindak keluar parti.
Pemangku Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, DAP Sabah masih bersama-sama dengan blok pembangkang Warisan Plus yang diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Kita mengadakan sidang media ini susulan pengisytiharaan Adun Sebatik keluar parti dan kononnya akan ada lagi Adun Warisan dan DAP mengikut jejak keluar parti
“Saya yakin bahawa semua Adun DAP dan Warisan khususnya di Sandakan tidak akan berbuat demikian.
“Kami kekal bersama Warisan Plus dan tidak akan keluar parti ini,” katanya pada sidang media di Sandakan pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Tanjong Papat turut mengingatkan semua Adun DAP agar tidak mengkhianati undi yang diberikan rakyat