'Surat tidak sahih' speaker kekalkan Kerusi DUN Sebatik, Warisan ambil tindakan mahkamah
12:03 Mar 04, 2021  |  By SabahKini2
'Surat tidak sahih' speaker kekalkan Kerusi DUN Sebatik, Warisan ambil tindakan mahkamah

Surat peletakan jawatan yang dikemukakan Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak efektif bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN tersebut. sebarang surat perletakan jawatan yang ditandatangani tidak bertarikh adalah tidak sahih.

KOTA KINABALU: Kemelut sama ada peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik  Hassan A. Gani Pg Amir sebagai sah atau tidak selesai selepas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Kadzim M. Yahya mengesahkan Hassan A. Gani kekal sebagai Adun Sebatik.

Menurut Datuk Kadzim M. Yahya selepas meneliti dokumen yang dikaitkan dengan ADUN Sebatik Hassan A. Gani Pg Amir Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S.Padua dan peguam Warisan, Surat peletakan jawatan yang dikemukakan Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak efektif bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN tersebut.

Beliau berkata, berdasarkan undang-undang sekarang, sebarang surat perletakan jawatan yang ditandatangani tidak bertarikh adalah tidak sahih.

“Berdasarkan kepada itu, saya tidak dapat menerima surat itu sebagai perletakan jawatan YB Sebatik dan ditambah pula YB Sebatik sendiri telah menarik balik dan membatalkan apa yang dinyatakan sebelum itu.

“Ini menunjukkan beliau (ADUN Sebatik) tiada hasrat dan niat untuk mengosongkan kerusi DUN Sebatik.

“Jadi mengambil kira kedudukan undang-undang yang ada sekarang mengenai ‘undated re-sign surat perletakan jawatan maka, saya mengambil keputusan bahawa kawasan DUN Sebatik masih kekal dan tidak dikosongkan,” katanya

[ARTIKEL BERKAITAN-Sumpah setia Warisan 'tak laku', Warisan pula mahu saman Adun Sebatik ]

Kadzim berkata, beliau hanya mempertimbangkan kesahihan surat perletakan jawatan yang tidak bertarikh itu yang telah ditandatangani lebih awal namun dinyatakan meletak jawatan pada 26 Februari 2021.

“Jika mengambil kira kenyataan daripada Presdien dan Setiausaha Agung Warisan, mereka mengakui semua calon-calon telah membuat perakuan.

“Jadi kalau ada tarikh 26 Feb 2021, macam mana surat dari September 2020, tapi letak jawatan pada 26 Feb, dimana logiknya. Jadi, ia adalah yang tidak bertarikh ketika ditandatangani.

“Kalau tengok surat itu, tidak logik dibuat pada 10 September tapi tarikhnya pada 26 Feb 2021,” jelasnya.

Kadzim berkata, Jika Warisan tidak berpuas hati mereka mempunyai hak mencabarnya menggunakan saluran undang-undang sesuai.

Apa yang jelas peletakan jawatan ADUN hanya akan diterima seperti Perkara 18 (2)(b) Perlembagaan Sabah iaitu sesuatu kawasan DUN akan jadi kosong apabila ADUN meletak jawatan dengan menulis sendiri surat yang ditujukan kepada Speaker.

“Bermakna dia (ADUN Sebatik) mesti tulis sendiri surat perletakan jawatan dan dia hantar sendiri dan bukannya dihantar oleh orang lain,” katanya.

Warisan cabar di mahkamah

Sementara itu Parti Warisan Sabah mengesahkan akan mengambil tindakan undang-undang mendorong Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Kadzim M Yahya menerima peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir, sekali gus mengosongkan kerusi itu. 

Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto S Padua berkata pihaknya mempunyai dokumen yang jelas menunjukkan Hassan bersetuju untuk melepaskan jawatan sekiranya beliau meninggalkan parti selain menandatangani surat untuk setia dengan Warisan secara sukarela.

“Dalam surat bertarikh 10 Sept 2020 kepada peguamnya, Hassan mengarahkan mereka meletakkan tarikh dan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada speaker dan ketua negeri (Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin) sekiranya beliau, antara lain, mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas sebelum atau selepas mengangkat sumpah sebagai ADUN. 

“Peguamnya melaksanakan arahan itu susulan pengumuman beliau untuk menjadi wakil Bebas pada 25 Feb 2021 dan surat peletakan jawatan Hassan bertarikh 26 Feb 2021 diserahkan kepada speaker,” katanya

Bagaimanapun menurut beberapa penganalisis politik Warisan amat sukar mencabar kes itu di mahkamah memandangkan tiada undang-undang yang boleh menyekat seseorang wakil rakyat tidak boleh melompat parti.

Sebagaimana UMNO- BN, PKR dan pelbagai parti di negara ini berhadapan isu keluar parti situasinya tetap sama dengan parti Warisan. Apa yang dilakukan oleh Warisan sekarang hanyalah satu usaha untuk menakutkan ADUN-ADUNnya mengelak keluar parti. 


Antara SD bekas ADUN BN yang tak laku di mahkamah sekalipun telah bersumpah taat setia

16 Comments