Dulu Warisan lindungi, Kini GRS Roboh 85 rumah setinggan PATI Kg Cenderakasih KK
12:03 Mar 20, 2021  |  By SabahKini2
Dulu Warisan lindungi, Kini  GRS Roboh 85 rumah setinggan PATI Kg Cenderakasih KK

Selepas sekian lama akhirnya rumah Setinggan Kg Cenderakasih dirobohkan. Tiada ampun lagi. Sebelum ini mereka berbangga Warisan melindungi mereka. Malah ada Kg setinggan cuba diwartakan. GRS No!

KOTA KINABALU: Sebanyak 85 rumah setinggan haram dirobohkan dalam Operasi Bersepadu ‘Op Roboh’ berhampiran Kampung Cenderakasih, Kolombong, di sini dalam operasi selama dua hari oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Operasi yang berakhir pada Khamis itu diketuai DBKK dengan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Pengarah Penguat Kuasa DBKK, Abdul Mukti Muchlish berkata, operasi itu dijalankan di sebuah kawasan penempatan haram yang dihuni majoriti warga asing.

“Operasi dilaksanakan kerana pihak DBKK sering menerima aduan daripada penduduk berhampiran berkenaan masalah jenayah dan sosial seperti kes curi eletrik, curi air, syabu, judi dan masalah sosial yang lain di kawasan penempatan haram ini.

“Operasi dijalankan selama dua hari membabitkan 27 anggota terdiri daripada 15 penguat kuasa DBKK, PDRM, SESB, dan JANS,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Katanya, DBKK juga mengenal pasti beberapa penempatan haram yang lain di Kota Kinabalu dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang. – AA

10 Comments