Menteri puji TNB, Sabah ‘Blackout’ angkara SESB, IPP Sepanggar gagal!
15:04 Apr 26, 2021  |  By SabahKini2
Menteri puji TNB, Sabah ‘Blackout’ angkara SESB, IPP Sepanggar gagal!

Menteri KeTSA baru saja memuji TNB. Tiba-tiba 25 April lebih separuh daerah di Sabah 'blackout'. IPP di Sepanggar gagal lagi. Lebih 100,000 pengguna terjejas. 11 Daerah bergelap. Apa sudah jadi? Gangguan bekalan merugikan banyak pihak, rakyat dan industri

Baru saja Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah memuji Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kononnya sangat cekap dan berjaya mengukuhkan perbekalan elektrik negara, Ahad lalu Sabah dikejutkan dengan putusnya bekalan elektrik di tiga penjana kuasa bebas  (IPP)  di Sepanggar iaitu Ranhill Powerton I, yang mempunyai kapasiti 190 megawatt (MW), Ranhill Powerton II (130MW) dan Sepanggar Bay Power Corporation (SBPC) dengan 100MW di sini lewat petang semalam. Apa yang pasti ia menjejaskan nama baik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) syarikat utiliti milik TNB itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri KETSA berpuas hati dengan TNB di Semenanjung tetapi bagaimana SESB di Sabah? ]

Menteri KETSA berpuas hati dengan TNB di Semenanjung tetapi bagaimana SESB di Sabah?

Sebanyak 113,965 pengguna di beberapa lokasi di Sabah dan Labuan bergelap melibatkan beberapa lokasi tertentu di bandar seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kunak, Kimanis, Tuaran, Keningau, Semporna dan Sandakan

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Norhizami Abu Hasan berkata jumlah pengguna terjejas itu melibatkan 18 peratus daripada keseluruhan pengguna elektrik syarikat tersebut dalam kejadian bermula pukul 5.59 petang itu. 

“Gangguan bekalan yang lebih besar berjaya dielak apabila sistem perlindungan grid yang beroperasi secara automatik berfungsi dengan berkesan.

Kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan secara berperingkat bermula pukul 7.43 malam dan pulih sepenuhnya pada pukul 9.39 malam,” katanya kepada media

Beliau berkata satu pasukan penyiasat telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca utama kejadian itu dan kaedah-kaedah mitigasi bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang

Terputusnya bekalan elektrik hampir di seluruh Sabah sangat memalukan TNB dan anak syarikatnya SESB yang terbukti gagal memainkan peranannya di Sabah. Ia juga membuktikan kelemahan IPP bebas di Sabah seperti Ranhill Powertron Sdn Bhd, Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan  Sepanggar Bay Power Corporation (SBPC). Kejadian seumpama ini bukanlah baru berlaku kepada SESB dan IPP di Sepanggar itu kerana ia pernah berlaku pada tahun 2010

 

 

Berulangnya peristiwa ini sangat tidak wajar berlaku.

Berapa banyak kerugian dihadapi syarikat dan kilang-kilang akibat putuskan bekalan elektrik itu semalam? Siapa perlu bertanggungjawab menanggung segala kerosakan berlaku?

Apa tindakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berhubung insiden ini? SESB berjanji menubuhkan satu pasukan penyiasat namun apakah ia hanya sekadar siasatan tetapi tindakan tidak diambil.

Sampai bila Sabah berhadapan dengan SESB  dan IPP di Sabah yang bermasalah ini?


Nota: IPP Serudong Power Sdn. Bhd dan IPP Libaran Power Station yang tamat konsesi juga dilaporkan disambung semula walaupun SESB membayar kos yang lebih mahal kepada IPP di Sabah

 

8 Comments