Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Baru Pasir Putih, Tawau tidak akan dilanjutkan seperti diumum oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabru semalam kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri mengenai COVID-19 berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko terkini daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“KKM telah melakukan 847 ujian saringan COVID-19 di Kampung Baru Pasir Putih, daripada jumlah itu 23 orang penduduk didapati positif manakala 824 adalah negatif dan semua keputusan ujian saringan telah diketahui.
Terdahulu penduduk Kampung Baru Pasir Putih mengadakan perhimpunan aman bagi membantah keputusan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan mereka yang dilanjutkan sehingga 12 Mei depan.
Mereka berpendapat tuntutan mereka wajar dipertimbangkan mengambil kira keadaan semasa selain jumlah kes yang direkodkan di kampung itu sudah mencapai tahap rendah. Penduduk berkata mereka memang ada menerima bantuan bakul makanan yang disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah dan sumbangan wakil rakyat namun perlu menyelesaikan hal lain seperti tanggungan termasuk hutang bank, kereta dan lain-lain yang perlu dibayar
Walaubagaimanapun kerajaan negeri telah mengarahkan Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Tawau untuk terus memantau keadaan di lokaliti tersebut bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal dengan sebaiknya. katanya Masidi
Kampung Kampung Baru Pasir Putih dikenakan PKPD bermula pada 1 April hingga 14 April kemudian disambung sehingga PKPD ketiga.
Menurut Masidi, 87 kes positif COVID-19 baharu direkodkan di Sabah hari ini dan 189 pesakit sembuh serta dibenarkan keluar daripada hospital.