Kenapa PKP dilaksana seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun?
07:05 May 13, 2021  |  By SabahKini2
Kenapa PKP dilaksana seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun?

Jumlah kes positif sudah melebihi 4,000 kes sehari dengan total kematian mencecah 1,700 sehingga semalam. Mengambil iktibar dari kesilapan India membenarkan Kumbh Mela di Gangga River hingga membawa kes positif ke 400,000 sehari dan kematian melebihi 3,50

Hari Raya 13 Mei
Pesta Keamatan 31 May
Hari Gawai 1 Jun

Jumlah kes positif sudah melebihi 4,000 kes sehari dengan total kematian mencecah 1,700 sehingga semalam. Mengambil iktibar dari kesilapan India membenarkan Kumbh Mela di Gangga River hingga membawa kes positif ke 400,000 sehari dan kematian melebihi 3,500 sehari, MKN ambil sikap membendung dari merawat. Paling utama ialah bagi menyekat penularan 3 varian baru dan merbahaya:

B1117 - dari UK. Dikesan di UK pada Sept 2020. Lebih merbahaya dari virus asal. Merebak pantas ke seluruh dunia dgn 1/3 kes US dari varian ini. 90% lebih mudah merebak dari varian asal.

B1351 - dari Afrika. Mula dikesan di Nelson Mandela Bay Oct 2020. Mula tiba Malaysia awal April, 2021. Dua dos vaksin yang ada tidak mampu melawan variant ini.

B1616 - dari India. Double mutant yang menjadi sangat superspreader. Paling sukar dilawan oleh vaksin sedia ada. Dikatakan sebagai wabak Covid gelombang kedua selepas gelombang pertama dari Wuhan.

Ini ramai rakyat tak tahu atau tak mahu ambil tahu.

Kesemua vaksin yang berada di pasaran hari ini dicipta sebelum kemunculan ketiga-tiga varian merbahaya di atas. Waktu itu saintis tak terfikir akan kewujudan varian-varian merbahaya ini. Maka, vaksin generasi kedua sedang dibangunkan untuk melawan varian ini.

Nampaknya, virus Covid ini bukan sahaja mudah merebak dan berjangkit tetapi ia mudah beranak pinak dan menjadi lebih ganas dan kasar bila beranak pinak.

Maka, kita jangan fikir tentang soal PKP, pergerakan disekat dan aktiviti dikawal semata-mata. Yang harus lebih difikirkan manusia sekarang ini ialah bagaimana kita tak dijangkiti.

Walau sekatan manusia dilakukan di setiap pintu masuk sesebuah negara, satu-satunya yang tiada kerajaan di dunia mampu sekat pergerakannya ialah haiwan liar di laut dan di udara yang sesetengahnya menjadi makanan manusia serta angin yang merubah cuaca.

Ingat. Virus ini tak bahaya jika disentuh atau terkena kulit. Ia jadi bahaya bila kulit yang tercemar itu seperti jari dan tapak tangan dibawa ke rongga seperti hidung atau mulut.

Ramai hanya pakai mask kerana SOP tapi kebersihan badan dan tangan semakin dilupai. Malahan, bersentuhan sudah kembali jadi amalan walau varian baru sudah merebak.

Bukan nak menakut-nakutkan tetapi ini kenyataan dan kita harus kembali lebih cakna seperti mana kita cakna dengan diri kita semasa PKP 1.0 dulu.

Tapi sekarang, tak buat PKP kita tekan dan bising, dibuat PKP kita komplen dan  marah, PM umum di tv kita kutuk, dia tak keluar tv pun kita kutuk. Artis, VIP rentas negeri kita bantai. Tapi dah lebih 2 hari ni, kenderaan keluar dari KL terutama ke Pantai Timur macam tak ada wabak sedang melanda.

Ramai cuba menipu. Polis ketatkan kawalan sebab ramai menipu diri sendiri. Hilang kejujuran. Kelantan sedang dilanda wabak serius, ramai pulak nak kesana. Bawak pulak wabak dari Selangor & KL yang sedang tinggi. Dimana rasional? Ya, rasional yang ada ialah salah kerajaan. Semua salah kecuali diri sendiri.

Maka, 3 perayaan yang bakal tiba secara back to back ini akan dikawal pergerakan manusia. Kita rayakan tapi secara sederhana. Bukan kita sahaja, seluruh dunia. Ini malang dan takdir yang kita harus berdepan. Let's face it off, don't run from it. We'll fight till the end.

Wabak ini banyak ajar kita terutama erti kesabaran dan hargai kebebasan. Banduan penjara dah rasa bagaimana pergerakan disekat. Jika puasa ajar kita bagaimana rasanya simiskin hidup berlapar, penyakit ajar kita bagaimana rasanya jadi banduan tapi diluar penjara, di rumah sendiri.

3 Comments