[VIDEO] Khairy mohon maaf isu daftar vaksin AstraZeneca, MAMPU siasat masalah teknikal
23:05 May 27, 2021  |  By SabahKini2
[VIDEO] Khairy mohon maaf isu daftar vaksin AstraZeneca, MAMPU siasat masalah teknikal

KJ akhirnya menyerah diri dan akur kelemahan pihaknya untuk sistem portal JKJAV. Apa agaknya hasil siasatan masalah tenikal yang bakal MAMPU temui daripada sistem RM70 juta itu. Grey Group yang menjaga media KJ pun hilang entah ke mana!

Kredit Video- Harian Metro

KUALA LUMPUR: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memohon maaf susulan masalah teknikal ketika permohonan pusingan kedua janji temu vaksin AstraZeneca, semalam.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengakui pengalaman dilalui pengguna itu menyebabkan mereka kecewa akibat kelemahan sistem memproses permintaan amat tinggi dengan cekap.

"Saya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap PICK memohon maaf kepada semua pihak yang mengalami masalah melayari laman sesawang untuk membuat tempahan vaksinasi AstraZeneca pusingan kedua semalam.

"Ia sepatutnya berjalan dengan lebih baik. Sebagai contoh, ada tarikh dipaparkan di skrin menunjukkan warna kelabu dan bukan lagi hijau, menyebabkan pengguna menekan tanpa henti hanya untuk diberitahu slot tempahan telah penuh.

"Ada beberapa perkara lagi tidak sepatutnya berlaku, seperti pengguna tidak dimaklumkan permohonan berjaya diterima atau tidak dan sebagainya," katanya pada sidang media hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pihaknya menyedari isu berkenaan, selain memahami kemarahan dan kekecewaan orang ramai, terutamanya golongan yang gagal mendapatkan slot tempahan dikehendaki mereka.

"Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memandang serius perkara ini dan selepas tempahan ditutup semalam kita telah memulakan siasatan berkenaan punca masalah serta kelemahan sistem diguna pakai.

"Kini, siasatan sedang dilaksanakan dan diketuai Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi mengenal pasti dan mengatasi masalah terbabit untuk tindakan seterusnya," katanya.

Sejak semalam tidak henti-henti netizen menyerang Khairy dan kelemahan sistem portal JKJAV RM70 juta itu.  Pasukan Grey Group yang dibayar RM7.7 juta pun gagal menerangkan program vaksin serta membantu KJ dari serangan netizen.

Media Prima juga nampaknya berkecil hati kerana MOSTI memberikan kontrak kepada syarikat luar sedangkan syarikat tempatan mampu membantu KEMPEN MEDIA kementerian dan JKJAV. 

[ARTIKEL BERKAITAN-AstraZeneca: Kantoikan KJ Projek Data RM70 juta dan RM7.7 juta Kempen Media Grey Group yang gagal! ]

AstraZeneca: Kantoikan KJ Projek Data RM70 juta dan RM7.7 juta Kempen Media Grey Group yang gagal!

4 Comments