Hujan lebat serta banjir menyebabkan jambatan di Kg Long Mio dan kampung Long Pasia runtuh menyebabkan hubungan terputus ke kawasan bandar. Langkah segera pulihkan jambatan melegakan rakyat dan berharap jambatan yang lebih konkrit dibina
Kerajaan Negeri melalui syarikat konsesi yang dilantik bertindak pantas memulihkan jambatan runtuh menghubungkan kampung Long Mio dan kampung Long Pasia di Sipitang Sabah yang runtuh ekoran hujan lebat serta banjir baru-baru ini.
Jambatan itu berjaya disambungkan semula dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sementara menunggu tindakan kerajaan selanjutnya bagi membina jambatan konkrit lokasi di Kg Long Mio.
Hantaran facebook Zico Solaiman memuji langkah pantas itu sebagaimana laporan portal Sabahmedia.com semalam.
Katanya walaupun bersifat sementara menggunakan kayu balak dan sumber bahan sedia ada di sana namun besar maknanya kepada penduduk Kg Long Mio dan Kg Long Pasia itu.
“Saya berharap suatu hari nanti jambatan penghubung ini dinaik taraf kepada konkrit agar lebih tahan dan selamat digunakan katanya.
Mainan Siber Trooper Warisan
Para siber trooper Warisan pastinya menjadikan perkara ini sebagai isu kononnya ‘jambatan kayu balak’ wal hal semua tahu ini langkah sementara mengutamakan rakyat terutama penduduk Kg Long Mio yang perlu mendapatkan bekalan makanan dan segala urusan ketika pelaksanaan PKP ini. Apatah lagi cuaca sentiasa hujan memerlukan kesegeraan menyiapkan jalan perhubungan rakyat ke pekan Sipitang.
Pemimpin dan siber trooper Warisan biasanya terlupa tentang apa yang mereka lakukan sebelum ini terutama hal berkaitan pembaikan sementara kerana banjir atau bencana alam.
Jika Warisan bising pun konsesi jalan sebelum ini menguruskan jalan Sipitang ialah kroni Peter Anthony yang telah ditamatkan kontrak April lalu iaitu AK Setia Bina Sdn Bhd. Hari ini jambatan runtuh jalan rosak konsesi baharu terus melaksanakan langkah awal memulihkannya lebih cepat.
Setakat ini bekas Menteri Warisan yang juga Adun Sindumin Datuk Dr. Yusof Yacob tidak memberi bantuan di Kg Long Mio di Long Pasia itu selepas PRN lalu.