Wawa Wahid Enterprise akan didakwa hari ini?
10:06 Jun 22, 2021  |  By SabahKini2
Wawa Wahid Enterprise akan didakwa hari ini?

Wawa Wahid Enterprise yang tular dan direman polis dilaporkan mungkin didakwa di mahkamah hari ini. Wawa akan dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut Anggota polis yang sedang menjalan tugas

KOTA KINABALU - Seorang wanita dikenali sebagai Wawa Wahid Enterprise yang didakwa menengking anggota polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Kepayan direman selama dua hari bermula semalam dilaporkan akan didakwa hari ini

Sumber memberitahu wanita berkenaan akan dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut Anggota polis yang sedang menjalan tugas

Semalam Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah apartment di Jalan Lintas, jam 11.20 pagi semalam.

Video tular mengamuk, Wawa 'Wahid Enterprise' direman  2 hari

"Polis turut merampas pakaian yang dikatakan dipakai wanita tersebut, kunci kenderaan, kad pendaftaran kenderaan dan tiga telefon bimbit bagi membantu siasatan.

"Polis turut mengambil keterangan seorang pegawai dan tujuh anggota polis serta Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas pada hari kejadian," katanya

Minggu lalu, tular dua video di media sosial, memaparkan seorang wanita berbaju hitam menengking seorang anggota polis dari cawangan trafik.

Dalam rakaman video yang tular itu Wawa Wahid Enterprise dilihat beberapa kali meninggikan suara terhadap anggota polis tersebut termasuk menyebut perkataan 'biadap' sebelum beredar dari lokasi.

 

16 Comments


Hamba Allah  | 3 hours ago
Jgn cepat mnghukum biar pihak berkuasa yg bt kerja dn jgn berpihak ke mna² berlpang dada kita mnusia tidak lpas dr kesilapan dn kesalahan. Kedua dua pihak ada hak masing2 utk dpertahankan Semoga segalanya dipermudahkan
Set sot | 3 hours ago
WWE= Wawa Wahid Enterprise
Zahit bin umar | 3 hours ago
Kita sesama manusia di bumi allah harus saling menghormati sesama mahluk apalagi
No-Oyo | 3 hours ago
bayak kesalahan lalulintas juga ni prumpuan, macam ber belas saman kereta dia nda bayar, kita sering nampak di jalanraya road bully dan mereka yang dribe kereta cara bahaya dan melulu...orang-orang jenis begini lah yang patut di larikan dari terus memandu nda ikut undang-undang....tapi bila penguatkuasaaan sangat lemah sampai pesalah punyai berpuluh malah beratus saman jalanraya masih lagi terus dibiarkan memandu dan membahayakan pengguna jalanraya lain yang sentiasa patuh peraturan....Kes begini patut dijadikan contoh ketegasan pulis dalam menjalankan tugas berlandaskan undang-undang... Tiada siapa terkecuali
Ulun tokou | 3 hours ago
oengajarannya duit byk ka..pangkat tinggi ka..tolong hormat menghormati, apa pun ni budak wawa suda pemes..harap jgn dia maki org dalam balai ty pula, nda pun maki urg mhkamah lagi
Din | 3 hours ago
APA keadaan sekali pun ...sabar Dan Redha itu penting ..jgn tunjuk lagak bila dah kaya