Akhirnya selepas 4 tahun SK Jambongan Beluran kini punya bekalan elektrik
02:01 Jan 26, 2018  |  By SabahKini2
Akhirnya selepas 4 tahun SK Jambongan Beluran kini punya bekalan elektrik

4 tahun yang panjang. Projek Solar hibrid hanya menjadi replika. 4 tahun lalu kroni Muhyiddin yang melaksana projek ini buat-buat bodoh. Sekarang 2018 baru mereka sedar.

Hari ini rakyat Pulau Jambongan Beluran pasti gembira selepas Projek Solar Hibrid SK Jambongan yang terlewat siap sejak 2014 ini telah berfungsi semula pada januari 2018.

Pendedahan Sabahkini2 dalam dokumentari Sekolah Tanpa Bekalan Elektrik” SK Jambongan sempena lawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  bekas Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia di Sabah baru-baru ini akhirnya menguntungkan warga Pulau Jambongan. Rakyat tahu inilah punca daerah pedalaman sukar kerana adanya bekas menteri sekarang 'kaki sakau' dia kenyang bersama kroninya.

Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid bagi Sekolah-sekolah Malaysia termasuk Negeri Sabah antara projek yang dimonopoli oleh proksi Muhyiddin Rais Hussin MPT PPBM. Perkara ini pernah didedahkan oleh blog theunspinners


Dengan berfungsinya kembali bekalan elektrik yang dah 4 tahun tiada di SK Jambongan ini pastinya Barjahun Hiyah JKKK Kg Ulung, Sharif Rosli YDP PIBG SK Jambongan, dan Rafiah Hamzaril Penolong Kanan HEM yang selama ini sangat berharap projek bekalan elektrik Solar ini berfungsi pasti merasa lega. Anak-anak dapat bersekolah dan mengikuti pelajaran dengan baik tanpa berpanas dan boleh menggunakan peralatan pembelajaran

masalah kontraktor utama dan sub kontraktor


Dulu mereka menunggu 4 tahun..Kini 2018 Bekalan Elektrik Solar telah ada. 

Rakyat Pulau Jambongan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahzir Khalid yang memahami aspirasi rakyat agar projek yang gagal sejak 2014 ini diselesaikan segera.

Kini murid-murid SK Jambongan mampu tersenyum. Terima kasih Menteri Pendidikan. Muhyiddin pula hanya berdiam diri. Kontraktor selepas terdedah cepat-cepat selesaikan masalah. 4 tahun derita kini berbaloi. 

 

 

 

5 Comments