PETALING JAYA: Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir malu mengaku dirinya rakyat Malaysia ketika berada di luar negara, sebagai memalukan.
“Tidak pernah kita dengar mana-mana rakyat Malaysia mendakwa diri mereka rakyat negara lain,” katanya
Beliau mempersoalkan naib presiden Pakatan Harapan (PH) dan anak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kenapa mengakui dirinya berasal dari Brunei, bukannya negara lain.
“Bagaimana Mukhriz menjawab jika seseorang tanya beliau mengenai undang-undang syariah di Brunei?
“Adakah beliau akan kata sokong atau menentangnya?
Mukhriz dalam satu ucapannya baru-baru ini seperti memperlekeh negara sendiri
“Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah.
walaubagaimanapun hari ini Mukhriz berkata media tersalah tafsir ucapannya selepas netizen membantainya dalam media sosial.
Mukhriz Mahathir sangat berbangga dengan bapanya kerana pada tahun 2003 ketika bapanya sebagai PM dan Menteri Kewangan telah menganugerahkan projek secara rundingan terus “Cabel Fiber Optic” kepada Telekom Malaysia Berhad ™ RM214.2 juta setahun. Kroni seperti ini tidak dianggap mencuri hasil rakyat.