4 sebab Dr Siti Hasmah beri keterangan kepada polis kerana himpunan haram
23:01 Jan 27, 2018  |  By SabahKini2
4 sebab Dr Siti Hasmah beri keterangan kepada polis kerana himpunan haram

Ini adalah rutin biasa soal siasat oleh anggota polis. Tidak ada apa-apa niat jahat mengenainya. Tidak perlu beremosi mengenai tindakan polis ini.

Adalah dikesalkan seorang wanita yang sudah berumur 91 tahun seperti Tun Hasmah diambil keterangannya oleh polis namun ianya adalah penting kerana untuk memahami konteks pada masa itu.

TEMPAT AMBIL KETERANGAN JUGA DITENTUKAN OLEH PEGUAM HASMAH

Pertama, pihak polis telah mengambil keterangan darinya di pejabat Tun Mahathir di Yayasan Al Bukhari selama satu jam dengan dihadiri oleh peguamnya. Beliau tidak diminta untuk pergi ke balai untuk disoal.

Kedua, semasa perhimpunan anjuran Bersih diketuai oleh Pengerusinya Maria Chin pada bulan September beliau adalah salah seorang daripada speaker. Himpunan tersebut berjalan dari pusat beli belah Maju Junction ke Kompleks Pertama  di pusat bandar adalah haram kerana melanggar Akta Himpunan Aman sebab tidak ada permit polis yang diberikan.

UMUR 91 TAHUN: SIHAT DAN BERI UCAPAN.
TAK KAN DIPANGGIL POLIS BERI KETERANGAN AKTA PERHIMPUNAN HARAM TAK BOLEH

Tun Hasmah juga berucap semasa himpunan tersebut. Jika beliau cukup sihat dan bertenaga untuk terlibat dan berucap semasa himpunan awam jalanan itu, sudah pasti beliau juga bertenaga dan sihat untuk disoal oleh pasukan polis di dalam suasana berhawa dingin selama satu jam serta di pejabat suami beliau sendiri?

Ketiga, laporan polis telah dibuat oleh orang awam mengenai himpunan tersebut, maka pihak polis hanya menjalankan tugas untuk menyoalsiasat beliau. Bukan beliau seorang sahaja yang telah disoal oleh pihak polis kerana beberapa orang lain juga telah disoal. Adalah tidak adil dan berat sebelah kerana Maria Chin telah disoal tetapi Tun Hasmah tidak pula disoal siasat.

Keempat, jika himpunan haram itu diadakan semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, sudah pasti polis rusuhan dan FRU akan melepas gas pemedih mata dan tembakan air kepada para peserta himpunan tersebut. Ramai orang akan merasai tendangan dan pukulan cota dari anggota FRU.

Bagaimanapun, berita baik ialah semasa zaman Tun tidak perlu disoal siasat oleh anggota polis di pejabat anda. Sebaliknya anda akan diheret dari rumah dan menghabiskan dua tahun di Kamunting di bawah ISA.

Di dalam kes himpunan ini, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan untuk menghalangnya.

Ini adalah rutin biasa soal siasat oleh anggota polis. Tidak ada apa-apa niat jahat mengenainya. Tidak perlu beremosi mengenai tindakan polis ini.


Lim Sian See

2 Comments