Tamatkan kontrak doktor mogok ‘Pengkhianat’!
10:07 Jul 25, 2021  |  By SabahKini2
Tamatkan kontrak doktor mogok ‘Pengkhianat’!

Kerajaan tidak boleh dilihat tunduk kepada tindakan seperti ini. Tamatkan semua kontrak doktor yang mogok, tarik lesen mereka dan hadap ke mahkamah sebagai menggugat keselamatan negara.

Saya tidak mahu berbalah dengan para doktor kontrak yang telah banyak menyumbang perkhidmatan mereka ketika pandemik ini. Namun mengambil kesempatan ketika pandemik agak tidak adil .

Khabarnya ada 1200 lebih doktor akan melakukan hartal/mogok kerana tidak ditawarkan jawatan secara tetap.

Ini adalah dilema kerajaan sejak dahulu bukan sahaja dalam sektor perubatan tetapi termasuk polis, tentera, guru dan lain-lain.

Kerajaan tidak boleh melantik terlalu ramai kakitangan. Namun ada kala kerana mahu membantu rakyat dan juga mengambil kira keadaan genting seperti faktor ekonomi atau pengangguran, maka kerajaan dari semasa ke semasa mewujudkan perkhidmatan kontrak ini.

Ia tujuan yang sama dengan pengenalan contract of services dalam bidang perubatan. Jawatan doktor kontrak ini dilaksanakan pada 2016 kerana kita ada lambakan graduan berbanding kemampuan perkhidmatan kerajaan.


Masa mohon, temuduga dan tandantangan kontrak semuanya boleh. Dah dapat mengugut

Kerajaan ada kekangan kewangan tidak mampu ambil semua doktor kontrak bekerja secara tetap. Anda ada pilihan menamatkan kontrak dan bekerja dengan swasta.

Ini juga selari dengan keputusan Kerajaan sejak 2015 yang memperkenalkan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam dan Dasar Penggunaan Sumber Manusia Secara Optimum yang menetapkan tiada lagi penambahan penjawat awam kecuali menggantikan mereka yang pencen dan berhenti kerana perkhidmatan kerajaan sudah menjadi terlalu besar.

Tujuannya contract of service ini membolehkan proses kemasukan graduan perubatan untuk menjalani latihan siswazah dapat diteruskan dan tidak terjejas.

Ini kerana dalam Akta Perubatan 1971 kerajaan perlu menyediakan penempatan graduan perubatan untuk mendapatkan pendedahan pengalaman menerusi program latihan siswazah dan seterusnya berkhidmat (khidmat wajib) bagi tempoh selama dua tahun.

Tempoh maksimum lantikan kontrak adalah selama lima tahun, iaitu tiga tahun bagi latihan siswazah dan dua tahun bagi khidmat wajib.

Dengan perubahan dasar itu, KKM telah berjaya melantik seramai 16,407 HO bagi tempoh Disember 2016 sehingga Oktober tahun 2019, dengan jumlah tanggungan emolumen sebanyak RM1.63 bilion setahun.

Jika sistem ini tidak wujudkan maka lebih ramai para siswazah perubatan akan menunggu masa yang lama untuk menjadi HO dan tidak dapat memperaktiskan amalan perubatan mereka.

Tindakan segelintir doktor kontrak mahu mogok dan menamatkan kontrak ketika negara berhadapan pandemik ini mengundang persepsi anda cuba menekan dan mendapat sesuatu ketika negara dan rakyat sedang susah.


Tidak bersyukur

Kerajaan tidak boleh dilihat tunduk kepada tindakan seperti ini. Jika hari ini doktor kontrak mogok dan tiada apa-apa tindakan, bulan depan mungkin Polis pula mogok mohon dinaikkan gaji.

Pandangan saya tamatkan semua kontrak doktor yang mogok, tarik lesen mereka dan hadap ke mahkamah sebagai menggugat keselamatan negara.

Kita dalam darurat kesihatan. Mogok oleh pegawai perubatan adalah ancaman kepada negara.

Malahan mereka yang melancarkan mogok ketika darurat kesihatan ini tidak layak menjadi doktor.

 

Oleh : Ab Jalil Backer

 

Nota: 

Kenyataan YAB Perdana Menteri menyelesaikan isu doktor kontrak

1. Kontrak Pegawai Perubatan, termasuk Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi disambung selama 2 tahun SELEPAS menamatkan Khidmat Wajib.
2. Sekiranya Pegawai mendapat tawaran Kepakaran semasa kontrak 2 tahun tersebut, lanjutan kontrak selama 4 tahun lagi akan diberi bagi membolehkan Pengajian Kepakaran ditamatkan.
3. Mereka akan ditawarkan Cuti Belajar Bergaji Penuh serta tajaan pengajian SETARA dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).
4. Pegawai Lantikan Kontrak akan turut menikmati Faedah Cuti Tugas Khas Perubatan, Cuti TB & kemudahan tambang mengunjungi daerah asal.
 
25 Comments