Kecoh sindiket jual vaksin RM450-RM800 di Selangor. Akhirnya PDRM sahkan pembelian vaksin didaftarkan dalam Program Vaksinasi Covid-19 Selangor melalui aplikasi SELangkah milik Kerajaan PH Selangor.
Benarkah sindiket jual vaksin wujud di Selangor? Pelbagai aduan dan laporan media dilaporkan mengenai sindiket itu.
Sebelum ini Sabahkini2 dan beberapa media mendedahkan Kerajaan PH Selangor mengenai penjualan vaksin melalui aplikasi Selangkah kepada rakyat dengan harga serendah RM350
[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi Kerajaan PH Selangor, Selangkah jual vaksin percuma kepada rakyat RM350! ]
Beberapa individu yang menerima suntikan vaksin PPV Selangor mendedahkan perkara tersebut dalam laman sosial.
17 Jun lalu PDRM Berjaya mendedahkan sindiket jualan vaksin RM450 bagi warga tempatan manakala RM800 untuk warga asing.
Pakej vaksin Covid-19 ditawarkan sindiket penipuan kepada orang ramai yang dipromosikan secara dalam talian dan panggilan telefon.
Helah itu terbongkar selepas pihak polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 26 dan 27 tahun dalam serbuan di Selangor
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai perubatan yang mendakwa menerima maklumat daripada rakannya berkaitan tawaran pakej vaksin Covid-19 pada harga RM450 dan RM800.
"Hasil maklumat diperolehi, kami menahan kedua-dua suspek berkenaan di Selangor dan mereka direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.
"Siasatan awal mendapati suspek membuat penawaran pakej vaksin berkenaan melalui Facebook dan panggilan telefon," katanya dalam satu kenyataan
Mohd Kamarudin berkata, pelanggan yang berminat akan didaftarkan ke dalam Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) melalui aplikasi Selangkah.
Selangkah merupakan projek anak syarikat Kerajaan Selangor Selangkah Ventures Sdn Bhd yang sahamnya separuh dimiliki oleh kroni Dr Dzulkefly Ahmad. Apakah Selangkah sedar aplikasi Selangkahnya sedang mengutip di Selangor? Atau mereka mendalanginya? SelVAX Selangor ini keuntungan demi kroni?
Sebelum ini team SELangkah adalah antara punca rakyat gagal mendaftar vaksin AstraZeneca.
Pembeli yang berminat untuk mendaftar melalui mereka akan diletakkan dalam senarai menunggu.
"Pembayaran hanya perlu dibuat oleh pembeli selepas nama mereka tersenarai sebagai penerima vaksin dalam aplikasi berkenaan.
"Suspek mendakwa kira-kira 30 sudah dihubungi berkenaan pakej vaksinasi terbabit dan 10 peratus sudah menyatakan minat untuk membeli pakej ditawarkan.
"Semakan lanjut mendapati sehingga kini pendaftaran SCVP hanya dihadkan kepada syarikat sahaja dan masih belum dibuka individu persendirian," katanya.
Sekalipun pendaftaran itu dilihat untuk tujuan industri tetapi disalah gunakan untuk tujuan siapa individu mahu cepat vaksin perlu membayar RM350 sebagaimana bukti dilaman sosial.
Benarkah ada dalang sindiket PPV?
Sinar Harian pula baru-baru ini turut mengambil sisi lain iaitu mendedahkan perbuatan khianat menjual vaksin yang disediakan oleh kerajaan di beberapa buah pusat pemberian vaksin (PPV) di sekitar Lembah Klang. Sinar mendedahkan segelintir pihak tidak berintegriti menjual vaksin bermula dari RM200 sehingga RM800 untuk satu dos.
Kesahihan berita ini belum dibuktikan namun apapun boleh berlaku memandangkan sesiapa juga pihak yang mempunyai akses kepada pengurusan PPV boleh bertindak demikian. Apatah lagi jika PPV Mega yang diuruskan oleh pihak swasta.
“Semua ini dilakukan sebab tamak untuk buat duit tepi secara mudah.
“Apa yang difahamkan, ada kelompok yang tidak bertanggungjawab ini sangat berani kerana mereka menjual secara face to face atau bersemuka secara terus,” menurut Sinar Harian.
Pengurus PPV boleh terdedah dengan sindiket terancang menjual atau mencuri stok vaksin yang disediakan oleh kerajaan di beberapa PPV itu sendiri di sekitar Lembah Klang dengan dengan menukar nama penerima atau memasukan dalam dalam sistem pendaftaran sistem vaksin. PPV boleh akses kepada data mysejahtera dan portal JKJAV.
Sudah tentu situasi ini sukar dielak kerana ia melibatkan salah laku individu berkepentingan bukan jabatan atau kementerian. Malah dilaporkan ada PPV disekitar Lembah Kelang hanya perlu memberikan butiran nama kad pengenalan dan Mysejahtera sehari lebih awal sudah boleh mendapat temujanji vaksin di PPV. Jika seorang agen boleh mendapat 10 orang dengan komisen RM100 satu kepala pun sudah RM1000. Lebih mudah lagi jika agen (dalang) memasukkan dalam slot PPV Industri di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS)
Tugas rakyat paling penting ialah jika nampak meragukan dan meminta bayaran lapor kepada pihak berkuasa. Jangan berkompromi.
Sindiket dan dalang hanya merosakkan nama baik KKM dan CITF yang bertangggungjawab terhadap PPV. Oleh itu jika kantoi pihak yang terlibat perlu diambil tindakan tegas. Setakat yang dinyatakan Ketua Pesuruhjya SPRM ialah hanya 'cakap-cakap' dan belum ada aduan rasmi mengenainya. Katanya biar polis bertindak.