PM umum kelonggaran individu lengkap ambil vaksin
01:08 Aug 09, 2021  |  By SabahKini2
PM umum kelonggaran individu lengkap ambil vaksin

Semua negeri berada dalam Fasa Dua PPN dan fasa seterusnya kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Melaka dan Putrajaya

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran sekatan bagi individu lengkap vaksin sepenuhnya terhadap Covid-19.

Beberapa kemudahan untuk individu yang lengkap pengambilan vaksin adalah seperti di bawah.

Untuk semua negeri (tanpa mengira fasa Pelan Pemulihan Negara):

1) Individu dari luar negara yang pulang ke Malaysia boleh dikuarantin di rumah. Mereka mesti mempunyai rumah di Malaysia.

2) Pasangan jarak jauh boleh rentas negeri/ daerah untuk bertemu.

3) Ibu bapa boleh melakukan perjalanan rentas negeri/ daerah untuk melihat anak-anak mereka yang berumur di bawah 18 .

4) Dibolehkan ke masjid, rumah ibadat dengan SOP.

 

Untuk negeri Fasa Dua dan seterusnya:

1) Dibenar merentas daerah.

2) Makan di restoran dibenarkan.

3) Senaman di luar dibenarkan (6 pagi ke 10 malam) dengan jarak sosial.

4) Pelancongan dalam negeri fasa dua PPN dan seterusnya dibenarkan.

Muhyiddin mengatakan peraturan baru akan berkuat kuasa pada 10 Ogos (Selasa).

Perincian langkah-langkah itu, katanya, akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Semua negeri berada dalam Fasa Dua PPN dan fasa seterusnya kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Melaka dan Putrajaya.

Untuk rekod, seseorang dianggap lengkap vaksinasi dua minggu selepas dos kedua (bagi vaksin dua dos) atau 28 hari selepas vaksin dos tunggal.

 

 

 
6 Comments


#KhadamMalaya | 3 hours ago
Inilh kerajaan bahlul 'melayu islam' gila yg hnya tahu mengumumkn kenyataan2 populis semata2 mahu 'popular diklngn rakyt yg buta sains dan taksub kpd perkaumn agama sempit ini..KDNK negara semakin susut, ekonomi teruk tapi lantik menteri dn timbln menteri sampai 70 org, trbaru lantik lagi 'punahsihat' brtaraf menteri bks MB Perak..apa ni?..skrg gadaikn nyawa rakyt utk buka sektor ekonomi demi mnjana pendaptn negara, seolah2 Vaksin ini spt 'malaikat pelindung' seolah2 kes jangkitan tdk akn meningkt semula..tumbanglah kau cepat 'kerajaan meLAYU islam'..
Nginum | 3 hours ago
Kerajaan suruh ambil vaksin tdk mahu..byk alasan..solat d masjid seluruh dunia org solat dgn sop..jarak 1 meter.pkai mask..tgok d mekah dpn kaabah pun org sembahyang/ tawaf jarak 1 meter..
NAGAUK  | 3 hours ago
BRO KO MUSLIM KA? KO TAU BEZAKAN HADITH SAHIH DAN KEMUNAFIKAN? 1 MWETER KA 1O METER ITU TIADA DALAM AJARAN AGAMA ISLAM, KENAPA SUKA2 KO TAMBAH DALIL HADITH NABI. ULAMA DA YG BETUL ADA YANG SALAH.
din  | 3 hours ago
nginum kalau ilmu agama macam montoku saja jgn byk cakap la. skrg ni isu bidaah. ko gila ka mau kekalkan1 meter solat, itu bukan agama islam ajar. tapi agama WHO. bangangg juga ko ni
Logik | 3 hours ago
Boleh tak kita jangan beri kebebasan bg orang -orang yg belum vaksin cacar ? Risau juga senang berjangkit dan kadar kematian amat tinggi seperti covid
Sop lemah | 3 hours ago
1. Bagaimana pula bagi mereka yg memang dalam keadaan tidak dibenarkan mengambil vaksin atas kesan alahan, lemah immune system dan berisiko tinggi dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan jika divaksin? 2. Janganlah memilih bulu dan keistimewaan pada yang telah mendapat vaksin kerana; - mereka masih boleh menyebarkan virus tersebut - mereka juga tidak kebal dan vaksin ini bukan jalan penyelesaian -bagaimana pula orang2 yang belum complete 2 dos bekerja cari makan dan tidak dibenarkan masuk ke agensi kerajaan, shopping mall dsbgainya.? 3. Kerajaan tidak memaksa mengambil vaksin tetapi memaksa secara halus dengan menganak tirikan mereka yang tidak boleh divaksin. Adakah jika mereka selamanya tidak divaksin bermaksud selamanya mereka harus ke balai polis untuk mengambil surat rentas daerah seperti banduan lapor diri, dan mungkin adakah selamanya mereka tidak dapat berjumpa ayah ibu lain daerah? 4. Lama kelamaan; vaksin ini seperti vaksin sebelumya seperti cacar polio dan lain2. Cuma apa yg perlu ada sop memaksi pelitup muka. Kebersihan dan sebagainya. 5. Secara logik mereka yang belum atau tidak boleh divaksin lagi takut kepada virus ini berbanding mereka yang rela divaksin; jadi kenapa memberi keistimewaan pada mereka dan bukan pada semua. 6. Mati hidup ajal rezeki di tangan tuhan. Yg penting usaha kita yg bermanfaat dan usaha itu pasti membuahkan hasil.bukan usaha terpaksa kerana dikekang. 7. Bagaimana pula parent yg lengkap dua dos tp tidak dapat membawa anak ke shopping mall bercuti dalam negeri sedangkan secara logik mereka kanak2 itu belum divaksin dan boleh dijangkiti. 8.yg terakhir, adakah fatwa atau hadis yg membenarkan mengubah jarak solat 1 meter antara makmum yg mana perbuatan ini jelas bidaah. Kalau sudah lengkap 2 dos apa salahnya kembali solat normal; dan katanya effect simptom jika kena pun tidak berbahaya lg jika sudah divaksin. Mana kebenarannya?