Hanya sebulan selepas Pengarah JKNS ditukar Kerajaan GRS berjaya beri lebih 1 juta dos vaksin kepada rakyat Sabah. Kes harian turun naik namun terkawal. Kerajaan GRS lebih fokus untuk tingkatkan program vaksinasi Sabah capai imuniti kelompok
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega dan memperbanyakkan lagi PPV serta program jangkauan luar (Outreach) adalah usaha kerja keras kerajaan untuk meningkatkan vaksinasi rakyat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sekarang.
Sehingga 14 Ogos direkodkan jumlah pemberian vaksin COVID-19 ialah 27,293,915 dos. 442,150 dos catatan harian. Daripada jumlah itu 16,868,615 orang terima dos pertama dan 10,425,300 orang terima dos kedua jumlah.
Tidak mungkin kadar vaksinasi mencapai 500 ribu sehari jika tanpa PPV Mega dan pusat vaksinasi yang banyak di negara ini. PPV Mega boleh menampung kapasiti 6000 hingga 10,000 sehari.
Bagi menggalakkan lagi rakyat termasuk warga asing mendapatkan vaksin kerajaan membenarkan beberapa PPV melaksanakan program ‘Walk in’.
Daripada apa yang kita lihat rakyat mula sedar tentang kepentingan vaksin maka tidak hairanlah rakyat berebut-rebut hadir di Pusat Pemberian Vaksin.
Ya ada kelemahan dalam pelaksanaan program ‘walk in’ di PPV yang menyebabkan kesesakan di PPV. Ia berlaku di seluruh negara. Apa yang hanya perlu diperbaiki oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) ia menambah baiki program ‘Walk In’ pemberian vaksin ini. Misalnya menentukan PPV warga asing selain temujanji mengikut had umur, Kerjasama majikan dan sekatan perjalanan bas yang dinaiki warga asing.
Apa yang tular baru-baru ini seperti di PPV Persada Johor, Grand Season Kuala Lumpur, PPV Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu adalah sebahagian masalah pada permulaan pelaksanaan Program Walk in itu namun berjaya diselesaikan segera. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Mesej positif daripada rakyat ialah rakyat mahu segera divaksin.
Program Vaksinasi di Sabah
Umum mengetahui program vaksinasi Sabah masih terendah di Malaysia berdasarkan populasi rakyat Sabah.
2.9 juta rakyat Sabah perlukan suntikan vaksin daripada 3.9 juta populasi rakyat Sabah.
Kes harian pastinya akan terus meningkat sejajar dengan jangkitan di negeri-negeri lain selain varian Covid-19 yang baharu.
Pertukaran baharu Pengarah JKNS Dr Rose Nani yang lebih berpengalaman dalam program vaksinasi negara adalah Langkah tepat. Kerajaan tidak boleh selamanya menggunakan kaedah PKP atau sekatan kerana kehidupan rakyat, ekonomi rakyat juga perlu diseimbangkan.
Selepas 13 julai saja menjadi Pengarah JKNS beliau segera mengubah strategi dengan menggandakan jumlah pemberian vaksin sehingga dua kali ganda bagi memastikan sasaran 40 peratus kadar vaksinasi yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara direalisasikan secepat mungkin
Disokong penuh Kerajaan Negeri, Dr Rose Nani JKNS meningkatkan bilangan PPV dan bagi kawasan pedalaman termasuk program ‘outreach’ dan ‘Walk in’. Lebih 1 juta dos vaksin diperolehi bulan julai, 200 ribu dos vaksin tunggal CanSino bulan ogos ini.
Bayangkan hanya sebulan dari tempoh 15 Julai hingga- 14 Ogos 2021 jumlah kumulatif pemberian vaksin Negeri Sabah sudah mencecah 1,840,880. Daripada jumlah itu 1,260,042 dos pertama dan 580,838 dos kedua. Catatan harian pemberian vaksin melebihi 52 ribu dos sehari.
Kes Covid-19 di Sabah turun naik sejajar dengan banyaknya program vaksinasi di Sabah. Ia termasuk saringan PKPD di beberapa daerah dan kampung yang banyak di Sabah. Sekalipun kes harian di Sabah tinggi kebenaran 'Dine in' restoran di Sabah terus dibenarkan namun kali ini dengan SOP yang baru khususnya individu yang melengkapkan dua vaksin. Fokus utama Sabah ialah meningkatkan vaksinasi di Sabah bagi mencapai imunti kelompok menjelang disember nanti.
Warisan hanya 'kaki kondem' Kerajaan GRS
Warisan lupakah kes Sabah sekarang adalah hasil Pilihanraya Negeri Sabah akibat pembubaran DUN Sabah julai 2020? Kerajaan GRS memulihkan segala cara. Pemimpin Warisan hanya jenis kaki kondem dan banyak cakap wal hal program vaksinasi Sabah semakin baik.
Kenaikan kes Covid-19 di Penampang atau di kawasan Kota Kinabalu menjadi mainan politik pemimpin Warisan seperti Darell Leiking dan Junz Wong. Mereka menyerang Kerajaan GRS kononnya tidak memutuskan rantaian di kawasan mereka. Mereka menyerang Program Walk In vaksin yang menyebabkan kesesakan di PPV. Malah tidak berpuas hati dengan SOP baharu dua dos masuk ke pasaraya atau restoran. Hanya kerana sedikit kelemahan dalam melaksana program vaksin tidak bermakna ia kesalahan semua perkara. Ia hanya perlu pembaikan. Isu vaksin Walk In bukan sekadar dihadapi di Sabah tetapi semenanjung juga.
Dulu virus mudah diputuskan rantaian kerana virus berada dalam kawasan tertentu seperti penjara namun sekarang virus sudah berada dalam komuniti. Virus juga bermutasi pelbagai varian. Maka kaedah menanganinya juga perlu berbeza bukan setakat 'Lockdown'. Nyawa rakyat penting tetapi memulihkan ekonomi, pekerjaan dan kehidupan rakyat juga penting.
Sepatutnya Darell dan Junz Wong menyokong usaha memperbanyakkan program Walk in dan vaksinasi. Lebih cepat kita mencapai Herd Immunity lebih cepat kita keluar dari masalah pandemik Covid-19 yang membunuh.
KKM, JKNS dan Jawatankuasa Bencana Covod-19 Negeri Sabah sudah tentu punya data berasaskan sains untuk mempercepatkan program vaksinasi di Sabah. Kini bukan sekadar angka kes harian tetapi bagaimana kita mempergiatkan usaha vaksin. Kemampuan Hospital merawat Covid-19 juga dapat dioptimumkan, bilangan katil pesakit yang berada di kategori 4 dan 5 juga dapat dikurangkan. Kategori 1 dan 2 yang majoriti tidak mempunyai vaksin perlu mendapat vaksin.
Program Vaksinasi 'Walk in' hanya perlu ditambahbaik..
Vaksin berkesan: 11 Sektor ekonomi buka
Hari ini Perdana Menteri mengumumkan lagi sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Ogos ini.
[ARTIKEL BERKAITAN- Fasa 1 PPN: Kerajaan buka 11 sektor ekonomi mulai 16 Ogos ]
Hari in Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mula menunjukkan hasilnya apabila di Lembah Klang sejak 26 Julai lalu telah menyaksikan kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital bagi semua kumpulan umur mula menunjukkan penurunan. Beberapa buah negeri iaitu di Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan dan negeri-negeri Lembah Klang (Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya) merekodkan kes berkurangan.
Semalam buat pertama kalinya, tidak ada kes jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan di WP Labuan.
Data yang dikumpul oleh KKM menunjukkan bahawa setakat ini, kesemua negeri yang dinyatakan telah mula menunjukkan penurunan bilangan kes bagi kategori 3 hingga 5 apabila liputan dos lengkap vaksin COVID-19 bagi populasi dewasa ((18 tahun dan ke atas) telah melebihi 40 peratus. Pada masa yang sama, data daripada Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) bagi Hospital menunjukkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang juga bertambah baik. Contohnya purata pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan untuk ditempatkan ke wad pesakit bagi hospital KKM di negeri-negeri Lembah Klang telah menurun. Pada 31 Julai 2021, purata sehari pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan adalah 909 orang dan kini yang menunggu telah menurun kepada 239 orang pada 13 Ogos 2021.
Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hana Hadzrami, menerusi laman Facebooknya yang tular berkongsi perasaannya mengenai pengurangan kes di Jabatan Kecemasan.
Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup dan kanvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED (Jabatan Kecemasan). Sekarang dah nampak lantai."
"Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan,
"Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang," katanya lagi dalam catatan yang setakat ini menerima lebih 1,600 komen dan 9,400 perkongsian pengguna Facebook.
Vaksin adalah kuncinya
Jika Vaksin Covid-19 digunakan di negara ini terbukti efektif berdasarkan fakta inokulasi tinggi di Labuan dan Sarawak yang berjaya menurunkan kemasukan pesakit Covid-19 di hospital, katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan penggunaan ventilator mengapa tidak Sabah meniru usaha Negeri Sarawak ini?
Jangan mengeluh dan beri alasan seperti kurang pendaftaran dalam mysejahtera bagai. Kerajaan buat projek jangkauan luar dan 'walk in'. Fokus kita 2.9 juta rakyat Sabah dewasa dapat divaksin. Menyerang peribadi Dr Rose Nani Pengarah JKNS bukan cara yang betul. Latar belakang beliau memang terbukti pakar. Berikan kerjasama jawapan untuk percepatkan program vaksinasi di Sabah. Jika sebulan kita boleh capai 1 juta dos bermakna bulan oktober mungkin kita lebih awal Sabah mencapai imuniti kelompok.