NEW DELHI: Sangat keji. Tidak cukup dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur, hari ini kita dikejutkan pula dengan kes rogol seorang bayi perempuan lapan bulan oleh sepupu lelakinya di New Delhi, India.
Menurut laporan BBC, bayi perempuan itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital.
Pihak polis memberitahu mereka telah menahan tertuduh yang berusia 28 tahun, seorang buruh.
Ketua Suruhanjaya Bahagian Wanita New Delhi, Swati Maliwal yang melawat bayi itu di hospital pada Isnin menyifatkan kecederaan bayi itu sebagai “mengerikan”.
Nota: Malaysia ada tak macam ni? Gila dan amat gila