Dr Mahathir Bengang ROS belum luluskan logo Pakatan Harapan
01:01 Jan 31, 2018  |  By SabahKini2
Dr Mahathir Bengang ROS belum luluskan logo Pakatan Harapan

Sehingga sekarang tidak ada jawapan, perakuan daripada ROS.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) masih tidak memberikan sebarang jawapan berhubung pendaftaran Pakatan Harapan, kata pengerusi gabungan itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sehingga sekarang tidak ada jawapan, perakuan daripada ROS.

"Jadi kita dapati ini sengaja dibuat demikian, iaitu tidak respon, supaya kita habiskan masa dan tidak dapat buat persiapan untuk pilihan raya.

"(Ini) kerana kita tak tahu sama ada kita punya simbol diterima atau tidak.

"Dan kita juga tak tahu sama ada parti kita ini diiktiraf secara rasmi ataupun tidak," kata Mahathir.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Malaysia di Petaling Jaya selepas mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN

Perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu sebelum ini pernah membuat tuduhan hampir sama dengan mendakwa permohonan HARAPAN sengaja dilengah-lengahkan.

HARAPAN telah menyerahkan permohonan mereka pada pertengahan tahun lepas.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) belum meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan parti politik disebabkan masalah dalaman dua parti komponennya, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP sebelum ini dibelit masalah pemilihan semula Jawatankuasa Esekutif Pusat (CEC) sementara PPBM berdepan risiko dibubarkan berikutan gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan, mesyuarat yang dibuat sebelum ini jelas melanggar perlembagaan parti PPBM. 
 
Pakatan Harapan hampir pasti akan bertanding dengan logo masing-masing dalam PRU ke ini.
Comment