Bukan hanya Malaysia tukar kerajaan 3 kali dalam masa 3 tahun
00:08 Aug 23, 2021  |  By SabahKini2
Bukan hanya Malaysia tukar kerajaan 3 kali dalam masa 3 tahun

Selain Malaysia 3 kali dalam masa 3 tahun, dalam penggal yang sama, Itali 3 kali dan Jepun 4 kali (4 kerajaan dari 1993-96). Jalan cerita politik Malaysia 2018-2021 ada persamaan dengan Jepun semasa 1993-1996

By Ayman Rashdan Wong

Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang tukar kerajaan 3 kali dalam masa 3 tahun, dalam penggal yang sama.

Itali pernah (3 kerajaan sejak 2018). Jepun pernah (4 kerajaan dari 1993-96).

Malah jalan cerita Malaysia 2018-2021 ada banyak persamaan dengan Jepun semasa 1993-96.

Dalam PRU tahun 1993, Parti Demokratik Liberal (LDP) yang telah memerintah Jepun selama 38 tahun (sejak 1955) hanya dapat 223 daripada 511 kerusi Dewan Perwakilan. Walaupun LDP masih parti terbesar, ia gagal meraih majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan iaitu 256.

Image

Punca LDP hilang majoriti ialah krisis dalaman yang melanda partinya pada 2-3 tahun sebelum PRU. Skandal rasuah menghakis keyakinan rakyat terhadap LDP, percakaran antara faksi PM

Kiichi Miyazawa dan Setiausaha Agung LDP Ichiro Ozawa juga memecahkan parti.

Image
Image
Ozawa dan beberapa orang besar LDP keluar parti dan menubuhkan parti baharu. Ozawa dan Tsutomu Hata mengasaskan Shinseito (Renewal Party). Morihiro Hosokawa mengasaskan New Party. Masayoshi Takemura mengasaskan Sakigake. Maka undi LDP beralih ke parti-parti baharu ini.

Image
Image
Hasil daripada pujukan Ozawa, semua parti selain LDP & Komunis bergabung menjadi kerajaan. Shinseito ada 55 kerusi, gabung dengan Sosialis (70), Komeito (51), New Party (35), Sosialis Demokratik (15), Sakigake (13), Demokratik Sosialis (4), beberapa MP bebas, dapatlah majoriti. 

Hosokawa dari New Party dinamakan sebagai PM bagi kerajaan Pakatan 7 Parti ini. Namun Shinseito yang paling berkuasa. Hata yang merupakan presiden Shinseito menjawat TPM dan Menteri Luar.

Image
Ahli Shinseito juga pegang portfolio Menteri Kewangan, Perdagangan, Pertahanan, Pertanian. Semua jawatan strategik dan sedap. Tak boleh buat apa, sebab Ozawa yang jadi broker. 

Apa pun, rakyat Jepun excited dengan Jepun Baharu. PM pun muda, berumur 55, paling muda sejak Kakuei Tanaka yang jadi PM pada 1972 semasa umur 54. Approval rating Hosokawa mencecah 70%, tertinggi dalam sejarah Jepun. Semua orang optimis Jepun akan berubah ke arah lebih baik.


Image
Namun tak lama kemudian, kerajaan ini nampak lemah dan indecisive. Banyak sangat parti dalam gabungan, semua nak tunjuk kepala. Hosokawa yang muda dan idealis tak mampu lawan

Ozawa yang jauh lebih licik. Selepas 8 bulan, approval rating kerajaan Hosokawa jatuh ke 40%.


Image
Hosokawa letak jawatan. TPM Hata naik jadi PM. Sasaran Ozawa seterusnya ialah Sosialis. Selain perbezaan ideologi, Sosialis juga ada lebih banyak kerusi berbanding Shinseito, menggugat dominasi Shinseito. Jadi Ozawa & Hata plan nak buat langkah tendang Sosialis keluar kerajaan.

Image
Sosialis dapat tahu dan bertindak lebih awal. Sosialis pergi dekat LDP, mencadangkan penubuhan gabungan baharu yang memiliki majoriti. 

LDP dalam dilema. Sosialis adalah musuh LDP selama 40 tahun yang lepas. LDP kerajaan, Sosialis pembangkang. Tapi disebabkan rindu nak jadi kerajaan semula, LDP setuju bergabung dengan Sosialis untuk jatuhkan kerajaan Hata.

Image
Sosialis (dan juga Sakigake) keluar Pakatan 7 Parti. Dengan itu, kerajaan Hata jatuh selepas berkuasa 2 bulan saja, digantikan dengan kerajaan gabungan Sosialis-LDP-Sakigake. Ketua Sosialis, Tomiichi Murayama dinamakan sebagai PM

.Image

Ketua LDP, Yohei Kono dinamakan sebagai TPM, sebelum digantikan dengan Ryutaro Hashimoto yang menggantikan Kono sebagai presiden LDP. 

Tapi kerajaan ini pun sama bermasalah. Pertama, LDP dan Sosialis memang tak sehaluan. Kedua, LDP sebagai parti yang mempunyai lebih banyak kerusi tak suka tunduk kepada Sosialis.

Jadi benda yang sama berlaku: indecision, infighting.
 
Murayama dapat bertahan 18 bulan. Selepas Murayama letak jawatan, Hashimoto dapat sokongan majoriti untuk jadi PM ke-4 dalam masa 3 tahun. Undi sekali dapat 4 PM, dapat balik LDP pulak.
Image
 
 
LDP kembali memegang tampuk kerajaan tanpa melalui PRU. Selepas 9 bulan, LDP membubarkan Dewan Perwakilan, mengadakan PRU pada Oktober 1996 dengan harapan untuk dapat kembali majoriti. 
 
Namun sekali lagi, LDP tak dapat majoriti dan memerlukan sokongan parti lain untuk menubuhkan kerajaan. Walaupun kerusi bertambah, peratusan undi kepada LDP merosot,
 
menunjukkan ramai orang kecewa (disillusioned) dengan LDP yang sanggup bekerjasama dengan Sosialis.
 
 
 
 
 
Image
Sosialis langsung terkubur dan berpecah kepada beberapa parti baharu termasuk Parti Demokratik (DPJ). 

Terlalu awal kembali berkuasa juga membuat LDP terlepas peluang untuk melakukan reform dalaman. Masalah politik wang dan "warlord" yang sekian lama membelenggu LDP tak sempat dibersihkan.


Image

Masalah-masalah dalaman itu menyebabkan LDP sekali lagi jatuh dalam PRU 2009. Kali ini kalah real dalam PRU, hampir kena wiped out. Tapi disebabkan DPJ yang menggantikan LDP lagi bengap, maka LDP bangkit sekali lagi dalam PRU 2012 di bawah kepimpinan Shinzo Abe.


Image
Pergelutan politik 1993-1996 merupakan titik tolak sejarah yang menandakan Jepun mula hilang daya saingnya. Ia adalah punca Jepun diatasi oleh China dan dikejar rapat oleh Korea pada hari ini. 

Kerajaan yang bertukar-tukar, dasar yang berubah-ubah membuat ekonomi Jepun makin mencorot, lebih-lebih lagi waktu tu Jepun tengah mengalami krisis "asset price bubble crash". Indeks pasaran saham Nikkei-225 menjunam dari 38,915 pada 1989 kepada 12,879 pada 1998, merosot 67%.

Image

Satu demi satu syarikat Jepun bankrap. Apabila syarikat bankrap, ramai hilang kerja. Apabila ramai hilang kerja, pendapatan kurang, perbelanjaan pun kurang. Apabila perbelanjaan kurang, syarikat rugi, seterusnya bankrap. Jadi vicious cycle.

Image
 
Pertumbuhan ekonomi ada hubungan langsung dengan kestabilan politik. Nak satu dasar ekonomi memberi hasil memakan masa, paling kurang pun 4-5 tahun. Kalau politik tak stabil, kerajaan bertukar setiap 2-3 tahun, dasar berubah-ubah, memang lah ekonomi ke laut. 
 
Jadi, "what's wrong" dengan model gabungan kerajaan Jepun 1993-1996 yang membuat ia jadi tak stabil? 

Pertama, ideologi parti komponen gabungan berbeza. Dalam gabungan Hosokawa ada parti berhaluan kiri (Sosialis, Sosialis Demokratik) dan juga kanan (Shinseito, New Party, Sakigake). Gabungan Sosialis-LDP pun satu kiri satu kanan.

Image

Ini bermasalah. Ambil contoh dasar ekonomi, "kiri" akan mahukan cukai yang lebih tinggi ke atas bisnes dan utamakan kebajikan orang ramai. "Kanan" pula mahukan cukai lebih rendah ke atas bisnes. Macam mana kerajaan nak berfungsi kalau ahli kerajaan sendiri pun tak sekepala. 

Kedua, walaupun gabungan terdiri daripada parti-parti yang sama ideologi, ia tetap tak akan stabil kalau wujud "power parity", iaitu keadaan di mana parti komponen mempunyai kekuatan yang setara. 

Macam Sosialis dan Shinseito, satu ada 70 kerusi, satu 55 kerusi. Dua-dua sama kuat. Apabila sama kuat, maka akan berlaku persaingan kuasa. Dalam kes gabungan Sosialis-LDP pula, Sosialis yang lebih lemah tak mampu kawal LDP yang lebih kuat. 

Jadi model gabungan hanya akan stabil apabila (1) parti-parti dalam gabungan sehaluan dari segi ideologi, dan pada masa yang sama (2) wujud satu parti yang cukup dominan sehingga parti rakannya tak terfikir nak merebut kuasa dengannya. 

Eventually, semasa 1998-2009 dan sejak 2012, LDP menubuhkan gabungan dengan Komeito yang berhaluan tengah-kanan (hampir dengan LDP tapi voter base tak sama) dan lebih lemah (menjadi junior partner kepada LDP).

Image
Dua parti saling melengkapi bukan menyaingi. Dengan itu, satu formula kestabilan berjaya dijumpai. 

Di zaman Shinzo Abe (2012-2020), LDP-Komeito berjaya melaksanakan banyak dasar yang swift dan decisive dengan ada majoriti yang kukuh. Itu membolehkan Jepun beransur pulih
sejak 2012, walaupun belum pulih sepenuhnya.

Image

Jadi, inilah punca krisis sebenar negara kita: kegagalan untuk mewujudkan gabungan politik yang kukuh. Selagi tak jumpa formula gabungan yang sesuai, buat lah berapa kali PRU, gantikan lah semua orang tua dengan orang muda pun, politik negara tak akan stabil. 
 
 

Sumber: Ayman Wong Thread Reader

 
 

 

3 Comments