KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Sabah bersetuju membenarkan agensi nombor ramalan dan kelab lumba kuda beroperasi, mulai hari ini.
Katanya, keputusan itu selaras dengan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk membenarkan operator perjudian yang dilesenkan oleh kementerian berkenaan dan kelab lumba kuda di bawah Lembaga Totalisator Malaysia.
“Kerajaan negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (Covid-19) telah bersetuju membenarkan agensi nombor ramalan dan kelab lumba kuda beroperasi mulai 14 Sep.
“Bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa semua pekerja dan pelanggan untuk aktiviti ini hendaklah telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.