Sabah dan Labuan akan dilanda hujan lebat esok
21:09 Sep 19, 2021  |  By SabahKini2
Sabah dan Labuan akan dilanda hujan lebat esok

Ketua Pengarah Met Malaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata Kawasan yang terkesan adalah bahagian pedalaman Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort, turut terkesan, bahagian Pantai Barat serta bahagian Kudat.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah dan Labuan esok hingga Selasa.

Ketua Pengarah Met Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari ini memaklumkan kawasan terlibat di Sabah adalah bahagian pedalaman meliputi Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort, selain bahagian Pantai Barat serta bahagian Kudat.

Beliau berkata seluruh Labuan turut terlibat dengan amaran cuaca itu.

"Angin bertiup dari arah barat dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit," katanya. 

Comment