Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Farhan Sufyan Borhan berkata, jalan runtuh diseebabkan hujan lebat yang berterusan dan jalan tersebut tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.
KOTA KINABALU : Akibat hujan lebat berterusan, hubungan jalan raya Penampang-Tambunan terputus susulan tanah runtuh di Kilometer 52.35, berdekatan Air Terjun Masakob, pada jam 7 malam, semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Farhan Sufyan Borhan, berkata laluan sepanjang hampir 30m itu tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.
“Jalan berkenaan dipercayai runtuh akibat hujan lebat berterusan dan kawasan itu kini dikategorikan sebagai berbahaya,” katanya.
Katanya, tiada mangsa terbabit atau kerosakan kenderaan dilaporkan akibat kejadian itu.
Bagaimanapun, katanya penduduk terjejas boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Ranau ke Tambunan atau melalui Jalan Kimanis ke Keningau.
“Pemantauan situasi di kawasan kejadian masih dilakukan setakat ini dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelak laluan itu sehingga kerja-kerja membaik pulih disiapkan,” katanya.