[VIDEO] Shafie Warisan curi 6 Adun BN, kini temberang syor gantung seumur hidup YB lompat parti!
16:09 Sep 23, 2021  |  By SabahKini2
[VIDEO] Shafie Warisan curi 6 Adun BN, kini temberang syor gantung seumur hidup YB lompat parti!

Shafie cakap tak serupa bikin.Sembang gajah boleh terbang isu lompat parti dan mahu tindakan tegas tetapi lupa 11 Mei 2018 dia rampas kuasa beli ADUN BN. Malah ketika sebagai KM terus membeli adun sertai Warisan. Tak malu kah Shafie?

PRU 14 mandat apa Shafie Apdal dan Warisan ada? mereka kalah PRU yang menang BN. Tetapi kerana lompat parti dan bersekongkol dengan
TYT serta ugutan Mahathir Shafie berjaya menjadi Ketua Menteri Sabah

Baru-baru ini di Dewan Rakyat Presiden Warisan cuba mengajar rakan-rakan pembangkangnya kerana menandatangani MoU atau CSA tanpa Warisan. Shafie bising mengenai maruah pemimpin melompat parti

Shafie Apdal juga menyarankan agar undang-undang antilompat parti mengenakan hukuman terhadap Ahli Parlimen yang melompat seperti digantung bertanding dalam pilihan raya dengan sejumlah syarat.

“Atau digantung seumur hidup sehingga mereka tidak dapat bertanding dalam politik lagi, kerana mereka telah memberikan contoh buruk kepada rakyat negara ini,”katanya.

Tapi Shafie cakap tak serupa bikin. Beliau lupa apa yang dia dan partinya lakukan pada 11 Mei 2018 selepas PRUke 14. Shafie menggunakan PM7 bersekongkol dengan TYT Sabah merampas kuasa kerajaan BN di bawah Tan Sri Musa Aman yang telah mengangkat sumpah pada 10 Mei 2018.

Bukan rahsia Shafie mengumpan beberapa pemimpin UMNO/BN untuk melompat parti.

Shafie Apdal mengumumkan enam wakil dewan undangan negeri dari Umno dan Upko menyertai WARISAN.

Siapa mulakan? Shafie dan Mahathir pelopor wakil rakyat lompat parti..

Shafie menjelaskan beliau sudah berjumpa dengan Yang Dipertua Negeri Sabah untuk meninjukkan WARISAN mempunyai sokongan majoriti dan berkata terpulang kepada Yang Dipertua untuk meminta Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman meletakkan jawatan.

Enam ADUN itu terdiri daripada empat ADUN Umno dan dua ADUN Upko. ADUN Umno yang terlibat adalah Abdul Muis Pichu (Sebatik); Hamisa Samat (Tanjong Batu); Osman Jamal (Balung); dan Jamawi Jaafar (Kemabong).

[ARTIKEL BERKAITAN- Drama Lompat Parti di Sabah berterusan ]

Sementara ADUN Upko yang terlibat adalah Ewon Benedick (Kedamaian) dan Abidin Madingkir (Paginatan). Akibat pembelian adun itu Warisan PKR dan DAP memiliki 35 kerusi berbanding BN cuma 25 kerusi.

Itu adalah drama lompat parti yang dicetuskan oleh Shafie Apdal dengan restu Dr Mahathir. Jika Warisan menjadi pelopor lompat parti mereka katakan sebagai demokrasi dan wajar. 

Shafie dan Mahathir salah guna kuasa guna SPRM menekan pembangkang

Sekalipun terbukti jelas 6 ADUN Lompat parti Shafie dan Mahathir menggunakan SPRM untuk menyiasat Datuk Dr Jefry Kitingan. 3 dari pemimpin BN yang melompat Warisan ditawarkan jawatan dalam kabinet Warisan sebagai habuan bersama Warisan. UPKO mendapat Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar manakala seorang pemimpin BN (Muis Pichu) sebagai Pembantu Menteri. Semua 6 ADUN tidak pernah disiasat SPRM hingga kini. 

Selepas Dr Jeffrey Kitingan 6 Adun Lompat Warisan disiasat SPRM?

Sebaliknya Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan didakwa menerima RM20 juta daripada pihak tertentu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM menyerbu rumah dan pejabatnya di Keningau sebelum menjalankan pemeriksaan ke ibu pejabat SPRM Sabah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Tiada satu penemuan wang atau rasuah seperti tuduhan Shafie Apdal. 

Isu perebutan ketua menteri Sabah ini telah dibawa ke mahkamah bagi menentukan siapa Ketua Menteri sebenar bagaimanapun kerana mahkamah, Ketua Hakim Negara Richard Malanjum bawah kawalan Shafie Apdal, Tan Sri Musa Aman tewas dalam perebutan itu. 

Tergugat! Menteri Warisan cadang undang-undang halang YB lompat parti

Pada disember 2018 selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masuk ke Sabah dan beberapa pemimpin UMNO menyertai Bersatu Warisan sudah mula merasa tergugat dengan situasi itu. Menteri Undang-undang ketika itu mendiang Datuk Liew Vui Keong daripada Warisan sudah mula mencadangkan Akta Anti lompat parti bagi membendung jika mungkin adun Warisan bakal keluar parti pada masa depan. 

Liew bagaimanapun berkata, pihaknya perlu mendapatkan pandangan pihak berkaitan memandangkan ia akan menimbulkan konflik dari aspek hak kebebasan individu untuk menyertai mana-mana pertubuhan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mungkin sesuatu undang-undang boleh digubal di mana apabila seseorang wakil rakyat memutuskan untuk meninggalkan parti asalnya, maka secara automatik dia (wakil rakyat berkenaan) akan hilang kelayakannya sebagai wakil rakyat.

Warisan takut tapi terus mencuri adun lain

Tapi Warisan cakap tak serupa bikin. Orang lain lompat tak boleh tapi dalang lompat tak mengapa. Warisan yang bimbang tergugat meneruskan usaha untuk menarik adun-adun BN, PBS  dan bebas menyertai Warisan. Adun Tempasuk, Datuk Musbah Jamli mengumumkan lompat parti pada 25 Januari 2019. Ia menyusul lagi  dua ADUN PBS iaitu ADUN Tandek Datuk Anita Baranting (PBS) pada 6 Mac 2019 dan  ADUN Labuk daripada Parti Bersatu Sabah Abdul Rahman Kongkawang lompat ke Warisan Sabah pada 28 September 2019. Warisan dan para macainya memuji-muji cara lompat parti ini sebagai demokrasi sebenar

Warisan Tumbang!

Keadaan menjadi rumit selepas Perikatan Nasional berkuasa pada Mac 2020.Satu persatu negeri yang disasarkan PN tumbang. Desas-desus 30 SD diperolehi menumbangkan Shafie dan Warisan semakin hampir. Satu persatu pemimpin Warisan, UPKO, DAP PH resah. Mereka tidak senang tidur. Satu persatu mereka tampil pertahankan Shafie. Warisan mula kehilangan fokus, kerajaan dan ekonomi negeri mula celaru. Shafie juga terpaksa bertemu ADUN dan MP serta memberi dana kepada wakil rakyat bimbang Warisan tumbang.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan nafi Kerajaan Negeri Sabah bakal tumbang, tapi..

[ARTIKEL BERKAITAN-  Lebih 30 SD sokong PN! Warisan akan tumbang dalam tempoh terdekat? 

[ARTIKEL BERKAITAN- Takut tumbang: Bukti Shafie cuak arah Adun Warisan disorok, paksa tandangan SD! 

Namun apa yang ditakutkan Shafie telah datang apabila pada 29 Julai 2020 33 ADUN keluar parti menyertai Musa Aman. Rampasan kuasa 12 Mei 2018 menjadi 'karma' kepada Warisan. Lebih 30 SD itu benar dan mengesahkan Warisan tumbang. 10 ADUN Warisan memainkan perana penting

[ARTIKEL BERKAITAN-33 ADUN Kerajaan Warisan Sah Tumbang, Shafie Meradang! ]

33 ADUN Kerajaan Warisan Sah Tumbang, Shafie Meradang!

 

Tidak mahu serah kuasa ketika Covid-19 mencanak naik bubarkan DUN untuk PRN Sabah

Tidak mahu menyerahkan kuasa akhirnya Shafie bersekongkol dengan TYT membubarkan DUN Sabah sejak 29 Julai lagi. Musa Aman ke istana disekat bagi mengelakkan pembentukan kerajaan baharu. Surat bubar DUN  29 Julai 2020 jelas dirancang lebih awal oleh Shafie. Alasan Shafie ialah kerajan tidak stabil dan diancam pihak tertentu yang berniat menjatuhkan Kerajaan pimpinan Warisan yang ada sekarang. Shafie membubarkan DUN walaupun kes Covid-19 mula meningkat di Sabah ketika itu. 

 

PRN Sabah: GRS berkuasa pemimpin Warisan lompat parti

PRN Sabah telah menumbangkan Shafie, Warisan dan sekutunya. Bukan sahaja kalah tetapi gelombang ketiga kes Covid-19 sangat dahsyat menjadikan Sabah sebagai negeri tertinggi kes selepas PRN. Shafie digelar bapa Covid-19 kerana sanggup mati demi PRN.

Isu keluar parti tidak pernah berakhir. Selepas sahaja Kerajaan GRS berkuasa desas-desus adun Warisan keluar parti menyertai GRS bertiup kencang. 

Pada Februari 2021 Adun Sebatik YB Hassan A Gani Pg Amir keluar Warisan menyokong GRS. Terdapat desas-desus 6 lagi ADUN  Warisan bakal keluar Warisan menyokong GRS namun selepas kantoi adun-adun ini U-turn takut dengan Shafie Apdal. Warisan sangat takut adunnya keluar parti sehingga terpaksa mendedahkan SD perjanjian adunnya untuk disaman di mahkamah jika keluar parti. Namun sehingga kini Adun Sebatik masih kekal sebagai ADUN dan tidak terkesan dengan perjanjian Warisan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Enam lagi Adun Warisan keluar parti sokong GRS?

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas kantoi Adun-adun Warisan 'U-turn' nafi lompat parti ]

Enam lagi Adun Warisan keluar parti sokong GRS?Mungkinkah mereka ni akan bakal keluar juga? 

 

Hari ini Kerajaan sudah bertukar Perdana Menteri kepada Dato' Sri Ismail Sabri. Kerajaan pimpinannya juga telah menandatangani MoU atau CSA bagi mengekalkan kerajaan sehingga bulan julai 2021. Dalam masa sama Shafie dan Warisan dipinggirkan. Shafie lebih yakin bersama Dr Mahathir Mohammad yang mencadangkan namanya sebagai PM. Tentu Warisan akan semakin sukar jika beberapa adunnya keluar lagi Warisan. Ia boleh berlaku bila-bila masa maka tidak hairanlah Shafie mahu Akta Anti Lompat Parti segera digubal bagi melindungi wakil rakyatnya dari melompat.

Oleh itu siapa Shafie berbicara mengenai moral lompat parti sedangkan beliau sendiri berkuasa sebagai Ketua Menteri pun melalui rampasan kuasa dan lompat parti. Jika tidak kerana Abdul Muis Pichu, Hamisa Samat, Osman Jamal dan Jamawi Jaafar, Shafie Warisan tidak akan jadi Ketua Menteri. Shafie mencurinya mengapa pula Shafie marah selepas orang lain mengambil adun Warisan? Ini kan politik semua boleh berlaku. 

 

 

6 Comments