Warisan sedang sibuk menghadapi kehancuran parti selepas semua YBnya keluar Warisan tapi para macai Warisan sibuk menyerang Lee Chong Wei kononnya bukan orang Sabah. ADUN DAP asal Pulau Pinang 'ok je' sebagai ADUN lantikan oleh Warisan!
Para macai Warisan sehari dua ini nampaknya terus meroyan susulan pelantikan bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebagai Duta Pelancongan Sabah 27 Oktober lalu.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin sendiri berkata lantikan ikon sukan ini akan membolehkan usaha mempromosikan Sabah kepada pelancong luar akan terus dipergiatkan.
“Sebagai ikon yang mempunyai ramai peminat dan hubungan baik dengan pemain badminton di seluruh dunia, kita percaya lantikan ini akan membantu usaha mempromosikan pelancongan Sabah yang begitu terjejas semasa pandemik Covid-19.
“Disamping itu, kerajaan negeri juga bercadang untuk bekerjasama dengan bekas pemain badminton nombor satu dunia ini bagi menubuhkan Akademi Datuk Lee Chong Wei di Sabah,” katanya
Mengapa Chong Wei, Warisan meroyan?
Chong Wei dilantik sebagai duta pelancongan Sabah bagi tempoh Oktober 2021 hingga Disember 2022.
Siapa tidak kenal Datuk Lee Chong Wei? Profail biodata beliau bekas pemain nombor satu dunia yang terkenal pun sudah cukup mengesahkan kehebatan Chong Wei yang boleh mempromosikan Sabah kepada dunia apatah lagi Chong Wei sangat terkenal di Negara China.
Oleh itu apa masalah pelantikan Datuk Long Chong Wei?
Ia juga satu pengiktirafan kepada legenda sukan badminton itu yang menerima darjah kebesaran Jaksa Pendamai (JP) sempena ulang tahun rasmi Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang ke-68 yang diadakan dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.
Tidak ada isu tidak mengutamakan rakyat Sabah kerana ini bukan kali pertama indvidu bukan dari Sabah dilantik sebagai duta pelancongan di Sabah. Sesiapa juga boleh menjadi duta demi memulihkan ekonomi rakyat Sabah.
Pada tahun 2015 Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah ketika itu Menterinya Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pun pernah membawa Tan Sri Michelle Yeoh, Selebriti Popular Hollywood kelahiran Malaysia sebagai merupakan Duta Pemuliharaan Orang Utan Malaysia. Ternyata ia sangat baik untuk Negeri Sabah.
Duta Produk IKS Sabah
Siapa kata tiada orang tempatan? Bagi promosi produk negeri Sabah pada jun 2021, Unduk Ngadau Kaamatan 2021, Maya Hejnowska di lantik sebagai Duta Produk IKS Sabah sempena Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam. Maya sebagai Duta Produk IKS Sabah selama setahun.
Maya menjuarai Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021 dan seterusnya menerima pelawaan daripada MID untuk menjadi Duta Produk IKS. Kempen tersebut diadakan untuk memperkenalkan produk buatan usahawan IKS Sabah. Ini untuk menggalakkan pengguna menyokong serta membeli barangan buatan Sabah. Bukankah ini juga untuk pelancongan Negeri Sabah? Produk yang baik dibeli oleh pelancongan tempatan dan luar negara.
Shafie Warisan lantik ADUN DAP kelahiran Pulau Pinang
Jika Warisan mempersoalkan pelantikan Datuk Lee Chong Wei asal Semenanjung mengapa ketika Datuk Loh Ee Eng bekas Bendahari DAP asal Pulau Pinang dilantik sebagai ADUN Warisan kata ‘semua ok’ demi kebaikan rakyat Sabah. Tidakkah itu double standard?
Malah Shafie bertegas tidak menarik balik pelantikan itu demi DAP bukan demi rakyat Sabah pun.
By Kay Jay