Hanya desas-desus akhirnya realiti Mohamaddin keluar parti. Kini bermulalah serangan para macai Warisan terhadap Mohamaddin. Dulu dipuja kini dikeji. Dulu dinafi kini semua tuduhan kepada Mohamaddin di 'iyakan'.
Pada bulan September 2020 dalam kempen PRN Sabah Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi dikecam rakyat kerana menghina anggota keselamatan yang terkorban di Kampung Tanduo pada tahun 2013 sebagai ‘sandiwara’.
Video tular Datuk Mohamaddin Ketapi menyatakan bahawa jet pejuang dan kereta kebal datang hanya menembak ayam dan anjing sahaja disamping memusnahkan kebun kelapa sawit penduduk di situ.
[ARTIKEL BERKAITAN- Mohamaddin Ketapi Warisan dikecam hina polis, tentera tembak ayam anjing sahaja ]
Tidak sedikit kecaman rakyat Malaysia. Berhempas pulas jentera Warisan termasuk Shafie Apdal Presiden Parti Warisan menjawabnya sehingga terpaksa meminta maaf bagi pihak Mohammadin sebagai tidak berniat menghina pasukan keselamatan negara dan kenyataan disalah tafsirkan.
Turut kontroversi ialah video ‘Kosong Kubid’ Mohamaddin mengenai kes jangkitan Covid-19 di Malaysia yang direka-reka kononnya selesai pilihanraya kes Covid-19 akan kosong. Seruannya jika ada pesakit Covid-19 yang pengsan beliau menyeru tendang sahaja sebagai satu pengajaran.
Namun apapun kontroversi kenyataan Mohamaddin melalui video-video ucapan beliau yang menghiburkan itu beliau tetap memenangi kerusi DUN Segama di parlimen Lahad Datu itu. Mentaliti penyokong Warisan di pantai timur Sabah tetap memilihnya.
Dulu hero Warisan kini dikecam
Hari ini Mohamaddin Ketapi dijulang oleh bekas lawannya kerana berani keluar daripada Warisan.
Majlis Tertinggi Warisan dan Penyokongnya yang terpinga-pinga pula dulu mempertahankannya mula menyerang Mohamaddin Ketapi kononnya lari dari perjuangan, telah diugut oleh SPRM atau kerajaan mengenai kes rasuah ketika beliau sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia
Ia merujuk kepada kes bekas Setiausaha Sulit Kanannya Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham yang didakwa di mahkamah Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada syarikat yang mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah MOTAC sebulan sebelum PRN Sabah.
Persoalannya benarkah kerana kes bekas Setiausaha Sulit Kanannya yang juga orang kuat Shafie Apdal itu berkaitan dengan Mohamaddin Ketapi sehingga mengumumkan keluar Warisan hari ini?
Sejak Ogos 2020, tahanan reman dan pertuduhan di mahkamah tidak pernah lagi SPRM memanggil Mohamaddin Ketapi. Jadi selagi belum ada tangkapan dan pendakwaan terhadap Mohamaddin maka ia dianggap tidak terlibat sehingga beliau dibuktikan diheret ke mahkamah.
Sebenarnya apa yang dibimbangkan Warisan ialah ura-ura terdapat pemimpin Adun dan MP Warisan keluar parti menyusuli tindakan Mohammadin Ketapi. Dilaporkan ada 5 hingga 15 orang lagi pemimpin Warisan akan keluar parti. Setakat ini sesiapa saja yang terkantoi akan membuat penafian sekeras-kerasnya.
Apa yang pasti Warisan sedang menuju kehancuran dikala Shafie Apdal mahu 'memalayakan Warisan' dan mempergunakan parti MUDA untuk memperkuatkannya sedangkan ia sesuatu belum pasti.