Nama arak Timah dikekalkan - Wee Ka Siong
23:11 Nov 13, 2021  |  By SabahKini2
Nama arak Timah dikekalkan - Wee Ka Siong

Timah tidak perlu menukar namanya. Pengilang telah bersetuju untuk memasukkan penjelasan tentang asal usul (nama) Timah. Maksud asal Timah merujuk kepada bijih timah - yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah

 Kerajaan membuat keputusan membenarkan arak jenama tempatan, Timah yang sebelum ini mencetus kontroversi untuk mengekalkan nama itu.

Perkara itu diputuskan oleh Kabinet dan dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong semalam

Dalam kenyataan media berbahasa Cina di laman Facebooknya pada Sabtu, Ka Siong berkata, kontroversi penggunaan nama Timah pada minuman keras itu telah diselesaikan oleh Kabinet baru-baru ini.

"Dalam beberapa mesyuarat Kabinet baru-baru ini, anggota jemaah menteri membincangkan perkembangan terkini isu Timah.

"Saya gembira insiden ini berjaya diselesaikan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.

"Timah tidak perlu menukar namanya. Pengilang telah bersetuju untuk memasukkan penjelasan tentang asal usul (nama) Timah. Maksud asal Timah merujuk kepada bijih timah - yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah,” kata Ka Siong

Sebelum itu Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut mengumumkan perkara sama.

Isu Timah sebelum ini dimainkan oleh media milik Pakatan Harapan terutama dari kalangan pimpinan parti Amanah bagi menyerang kerajaan khususnya parti PAS yang berada dalam kabinet.

Bagaimanapun isu Timah menggugat sokongan masyarakat Cina, penyokong DAP dan bukan Islam apabila pemimpin DAP lebih banyak berdiam daripada membela pemain industri khususnya syarikat Winepak Corp pemilik jenama Timah.

Sokongan dan usaha Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan juga Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang mewakili masyarakat bukan Islam di Sarawak pastinya satu langkah yang tepat sesuai dengan slogan Kerajaan Keluarga Malaysia. Bagi rakyat Sabah dan Sarawak tidak ada isu dengan penggunaan nama Timah memandangkan ia jelas dikaitkan dengan sejarah Bijih Timah di negara ini.

DAP sangat bimbang dengan isu Timah yang dimainkan oleh rakan sekutunya daripada Parti Amanah yang mengundang persepsi buruk Pakatan Harapan menghadapi PRN Melaka dan mungkin PRN Sarawak akan datang. Oleh itu DAP perlu berpura-pura menjadi hero berada di depan mempertahankan syarikat Winepak Corp wal hal DAP tidak pernah berbuat apa-apa mengenai isu Timah.

 

4 Comments