Siapa lagi pemimpin Warisan selepas Shafie, Darell, Junz Wong, Terrence dan Jaujan? mereka semua kecewa dan dibayar oleh Shafie
Kalau dibandingkan antara Warisan dan Gabungan Sabah, nyata sekali Warisan berdiri diatas PONTOON dan Gabungan Sabah mempunyai PLATFORM yang kukuh. Gabungan Sabah mempunyai pemimpin yang sudah berakar umbi manakala Warisan terumbang- ambing.
Pemimpin Gabungan Sabah seperti Datuk Mohd Noor Mansor, Datuk Jeffrey Kitingan, Datuk Yong Yeck Lee dan Datuk Lajim Ukin sudah begitu matang dalam politik.
Manakala kesemua pemimpin Warisan dianggap adalah 'accidental leader' yang berpaut kepada PONTOON yang timbul hanya kerana banjiran kekecewaan dan kemarahan:
1. Dato' Seri Shafie adalah kelahiran USNO, dibesarkan oleh UMNO dan timbul tenggelam mengharapkan simpati serpihan pembangkang, memimpin Warisan. Kaya raya pun dari projek KKLW
2. Darell Leaking menang atas tiket PKR dan bukan kerana kewibawaan sebagai seorang pemimpin. Melompat ke Warisan dengan dibayar beberapa ratus ribu oleh Shafie Apdal.
3. Junz Wong menang atas tiket DAP. Kecewa tidak diberi jawatan tinggi DAP. Punya skandal dengan gadis kelab malam dan hutang keliling pinggang dengan Ah Long. Junz wong diselamatkan oleh Shafie Apdal dan terus dilantik Naib Presiden Warisan mewakili kaum cina. Dia bukan pemimpin senior yang boleh dibanggakan oleh DAP.Pengundi Likas pasti menolaknya
4. Terrence Siambun menang atas tiket PKR. Lompat ke Warisan. Hampir muflis apabila disiarkan dalam media massa. Shafie Apdal menyelamatkan beliau dengan
5. Datuk Jaujan menang atas tiket UMNO. Masuk Warisan kerana loyalti kepada BOSS. Jarang balik kawasan kerana jenis kedekut keluar duit. Ketika menjadi setiausaha politik beliau seorang 'kaki pau' kontraktor terkenal
6. Peter Anthony belum diuji. Cuba cuba mencari populariti. Ditahan reman SPRM dua kali. Kes RISDA disahkan bakal menjeratnya kerana wang RM15.5 juta tidak dikembalikan serta dibawa lari oleh Peguam KDM Michael P. Ubu
Siapa lagi pemimpin Warisan?
Gabungan Sabah mempunyai dua ADUN yang sudah established dan matang dalam politik. Juga, ada bekas Ketua Menteri Sabah. Kalau dilihat dari segi pengalaman antara parti pembangkang, nyata sekali;
Gabungan Sabah mengatasi Warisan. Kekuatan Gabungan Sabah ada pada sikap dan Warisan hanya bergendang, menari lagu dan tarian Gabungan Sabah. Kesederhanaan (tiada ego) Gabungan Sabah menarik perhatian pengkritik. Tarian dan lagu Warisan adalah ciplak Gabungan Sabah. Gabungan Sabah umpama pekedai runcit di setiap kampung dan pekan walhal Warisan umpama penjual ubat di tamu pasar tani.
Rakyat bijak menilai dan sedikit sebanyak akan memberi simpati kepada Gabungan Sabah selaku pembangkang yang tidak agresif maraih sokongan.
Boleh juga saya katakan perlumbaan antara Kura-kura dan Arnab. DAP pula berpaut meraih undi Bukan Bumiputra. PKR sudah hilang taring. No umph..
Barisan Nasional menghargai dan meraih undi sepenuhnya daripada Bumiputra Islam, Bumiputra Bukan Islam dan Bukan Bumiputra.
Rakyat menyokong kepimpinan Barisan Nasional kerana sudah terbukti memberi kestabilan kerajaan dan untuk semua kaum. Jadi siapakah pilihan rakyat?
Undi yang berpotensi atau yang terhegeh-hegeh melaung perjuangan ciplak? Katakanlah, pilih antara ubat yang di jual dipasar tani atau bomoh palsu atau beli di Farmasi?
Jangan marah atau menyumpah pengkritik. Saya pun berjuang untuk Sabah dalam Malaysia. Saya juga mahukan kemajuan, pembangunan dan hidup dalam harmoni
Fikir fikirkan lah..
disesuaikan artikel asal
HAJI ABDUL JALIL BIN HAJI ABDUL GANI