ADUN Elopura Calvin Chong bakal keluar DAP?
12:12 Dec 02, 2021  |  By SabahKini2
ADUN Elopura Calvin Chong bakal keluar DAP?

Selepas Jimmy Wong kini seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Elopura Sabah bakal meninggalkan DAP? Calvin Chong dan beberapa pemimpin DAP tewas dalam Jawatankuasa negeri baru-baru ini..

Selepas Jimmy Wong kini seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Elopura Sabah mula memikirkan masa depannya dalam parti itu untuk keluar daripada DAP.

Calvin Chong berkata, isu dalaman dan pemilihan parti baru-baru ini menyaksikan beliau dan beberapa wakil rakyat DAP lain tidak diundi ke jawatankuasa negeri, menjadi antara punca ketidakpuasan hatinya.

Chong yang mempertahankan kerusi Elopura untuk penggal kedua dalam pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu tidak meninggalkan parti itu bayangan berbuat demikian tetap ada

“Buat masa ini saya masih dengan DAP. Bagaimanapun, saya ingin melihat sama ada parti akan mengambil langkah bagi memperbetulkan isu terbabit dan sejauh mana jawatankuasa itu menunjukkan prestasi mereka,” katanya

“Jika tiada tindakan dilakukan, saya perlu memikirkan langkah yang seterusnya.”

Ini bukan kali pertama kontroversi Calvin Chong melibatkan dirinya.

Sebelum PRN Sabah pada julai 2020 Calvin Chong pernah membuat laporan polis kononnya menerima panggilan telefon dan Whatsapp mengajaknya keluar daripada DAP. Namun beliau tidak berbuat demikian dan dicalonkan semula dalam PRN Sabah.

Oleh itu ura-ura beliau meletak jawatan dan keluar DAP pasti satu tamparan hebat buat Lim Guan Eng dan DAP.

Jimmy Wong, mengumumkan keluar DAP pada 22 Nov kerana kecewa dengan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini yang nampaknya menyingkir kumpulan cina berketurunan KDM atau menolak pemimpin KDM dalam DAP sebagai syarat yang salah dalam parti itu di Sabah.

Selain Calvin Chong, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, ADUN Kepayan Jannie Lasimbang dan bekas Senator Adrian Lasimbang disingkirkan dalam Jawatankuasa Negeri.

Pemimpin KDM dalam DAP tewas. DAP tidak perlukan KDM

ADUN Tanjong Papat Frankie Poon dilantik sebagai pengerusi DAP Sabah.

Frankie Poon sebagai Pengerusi baharu DAP Sabah pastinya akan menyingkirkan kumpulan yang bakal menyainginya.Oleh itu bagi Poon kekalahan pemimpin DAP dalam pemilihan jawatankuasa negeri adalah demokrasi dalam parti.

 

 

5 Comments